SAH Guan Eng akan hadapi 2 tuduhan rasuah baru Jumaat ini

Pendakwaan dalam kes rasuah Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang mengesahkan bekas ketua menteri itu akan berdepan 2 pertuduhan baru di Butterworth Jumaat ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi ketika sebutan kes di sini, hari ini.

Katanya, pendakwaan sudah menyerahkan notis kepada Lim mengenai 2 pertuduhan itu di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Peguam Gobind Singh Deo mengesahkan pihak pembelaan menerima notis itu hari ini.

Bulan lalu, Lim mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan meminta balasan berupa 10% daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli pada Mac 2011 sebagai upah membantu syarikat itu dilantik melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan.

Lim turut didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk mendapatkan RM3.3 juta dalam rasuah untuk melantik syarikat Zarul bagi projek itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Lim ketika itu di Komtar antara Januari 2011 dan Ogos 2017. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker