[VIDEO] “Saya Sempat Melahirkan Anak..” Mak Cun Dedah Wajah Anak Baru

Pelakon, pengarah dan seorang penerbit, Erma Fatima juga mesra dipanggil Makcun berkongsi videonya bersama seorang baby girl baru semalam.

“Saya sempat melahirkan anak sebentar tadi dengan selamat”

Menerusi video Instagram tersebut, Makcun sempat juga berseloroh menyatakan dia tidak mahu gambar anaknya dikongsi di Instagram. Dia juga berterima kasih kepada mereka yang mendoakannya dan mengucapkan syukur segala urusannya telah selamat.



 

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram miliknya mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Erma Fatima dan baby girl barunya. Ada juga seorang pengikut memberi komen bernada gurau, ‘Selamat sempat berpantang’ kepada Erma memandangkan Erma menyatakan dia telah sempat melahirkan anak.

 



Selepas beberapa jam berita ‘sempat melahirkan’ dikongsikan, Erma turut berkongsi video wajah baby girl barunya dengan kapsyen mendoakan anaknya itu menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa.

“Anak Syurga..moga kau besar nanti..kau akn jadi insan yg berguna kepada agama dan bangsa kau.”

“Alhamdulillah..semoga murah rezeki kak Erma sekeluarga jaga baby ni.”

Masyaallah tabarakallah comelnya..moga jd ank yg Soleh, hormat org tua,jd insan berguna pd agama,bangsa dan negara.



Rata-rata pengikutnya mengaminkan doanya dan turut mendoakan semoga Allah merahmati usaha Erma menjaga bayi tersebut.- MediaViral

Nur Fatima Aisya nama pilihan buat cahaya mata Fazura, Fattah [ VIDEO ]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker