Nur Fatima Aisya nama pilihan buat cahaya mata Fazura, Fattah [ VIDEO ]

KUALA LUMPUR: Genap usianya tujuh hari, pasangan pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin mengumumkan nama puteri kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya.

Perkara itu dikongsi pasangan artis romantik itu menerusi kemas kini di laman Instagram fattzuralovelife, hari ini.

Dalam entri yang sama, sebuah rakaman video turut dimuat naik memaparkan Fazura, 37, sedang mendukung bayi perempuannya itu.

“Assalamualaikum. Hari ini genap tujuh hari saya dilahirkan pada Jumaar, 2 Oktober 2020.

“Tetapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat kepada ‘aunties’ dan ‘uncles’ semua,” demikian menurut entri tersebut, pada Jumaat.

Selain itu, kenyataan di entri tersebut turut menzahirkan ucapan terima kasih, selain memberi bayangan bahawa Fazura dan Fattah akan memperkenalkan bayinya itu kepada umum apabila mereka sudah bersedia.

Setakat ini rakaman video tersebut telah mendapat tontonan lebih 34,000 pengguna Instagram.

Rata-rata memuji nama bayi pasangan itu, selain mendoakan kesihatan mereka.

 

Mereka juga mendoakan agar Fatima membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.

Semoga dilimpahi rahmat

Tak sabar nak jumpa baby Fatima

 

Pelakon filem Dendam Pontianak itu selamat melahirkan bayi sulungnya di sebuah pusat perubatan swasta, pada 2 Oktober lalu.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Sumber: Fazuralovelife

 

Fazura Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan, Mohon Masa Rahsia Nama & Wajah Anak – TAHNIAH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker