Penoreh didakwa ugut bunuh, acu parang pada perut ibu

Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Khamis atas tuduhan mengugut ibu kandungnya menggunakan sebilah parang.

Fadzir Mohd Zamhari, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah menakutkan ibunya yang berusia 68 tahun, dengan mengacukan sebilah parang ke arah perut serta mengugut mahu membunuh mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Akar, Kuala Kangsar, kira-kira jam 6 pagi, 17 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana mangsa merupakan ibu kandung dan tinggal serumah.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hanida Abdul Kadir manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizawani Ahmad Jalaludin.
Sementara itu, seorang penjual sate, Rohaizad Lazim, 37, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas dua pertuduhan menakutkan anggota polis dengan melanggar keretanya dan memandu secara berbahaya minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat hendak menakutkan penjawat awam yang sedang bertugas, melanggar belakang sebuah kereta polis di Jalan Taman Chandan Puteri di sini pada pukul 7 malam 12 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan memandu secara berbahaya, dia didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM15,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 12 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hanida Abdul Kadir manakala tertuduh diwakili peguam, P Ravee. Awani

Curi parang, kemudian ugut pemilik kedai dan orang awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker