Keputusan Agong legakan rakyat, proklamasi darurat cegah ancaman kesihatan

Darurat kali ini bukan hadapi suasana tegang seperti ancaman komunis

BANGI, 3 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk mengeluarkan proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati dengan salah satu daripada dua perkara mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Pakar Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, perkara berkenaan termasuk sedang berlaku atau hampir berlaku darurat besar yang boleh mengakibatkan implikasi ancaman keselamatan.

Beliau berkata, perkara kedua adalah berlakunya ancaman kehidupan, ekonomi, ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.

“Semalam, 660 kes baharu COVID-19 dicatatkan di seluruh negara, dengan 387 direkodkan di Sabah sahaja. Pertambahan kes baharu harian itu menjadikan kumulatif 50,390 kes positif COVID-19 sehingga semalam.



“Justeru, tidak hairanlah jika Yang di-Pertuan Agong memutuskan untuk memberi perkenan membuat proklamasi darurat seperti diminta Perdana Menteri,” katanya menulis di Berita Harian hari ini.

Pemimpin Armada sanggah Tokmat, Darurat langkah selamat elak pilihanraya

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong bersetuju, mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah, bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati baginda berkenaan cadangan itu.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, memandangkan pilihan raya kali ini hanya membabitkan satu kawasan Parlimen yang sudah semestinya berbeza dengan Piihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini – maka baginda hanya memperkenankan proklamasi darurat bagi kawasan Parlimen berkenaan.

Beliau berkata, pengalaman selepas PRN Sabah amat membimbangkan apabila merekodkan peningkatan mendadak sebanyak 148.4 peratus kes hanya selepas dua minggu daripada tarikh pembuangan undi.

“Keputusan Yang di-Pertuan Agong pastinya melegakan banyak pihak yang semestinya ‘perlu’ terbabit dengan PRK Batu Sapi, sekiranya proses itu diteruskan.



“Ini kerana suatu pilihan raya bukan sahaja membabitkan jumlah pengundi, bahkan jentera besar meliputi petugas SPR (Suruhanjaya Pilhan Raya), pekerja parti yang bertanding di lapangan termasuklah pemimpin parti yang akan berkempen buat calon masing-masing,” katanya.

Darurat , apa yang perlu kita tahu mengenainya

Jelasnya, keputusan Yang di-Pertuan Agong itu adalah satu perkara yang mungkin menjadi pengalaman baharu bagi rakyat Malaysia, yakni proklamasi darurat kali pertama dibuat bukan untuk menghadapi suasana tegang seperti ancaman komunis atau rusuhan kaum.



Sebaliknya, katanya, proklamasi darurat kali ini bersifat pencegahan bagi mengelak ancaman besar kepada kesihatan rakyat.

“Bayangkan jika PRK diadakan di Batu Sapi, seramai 32,962 orang pengundi berdaftar. Jika kesan PRN Sabah membina sejumlah kluster hinggakan mencatatkan angka seperti dilaporkan, adalah tidak wajar risiko diambil untuk meneruskan PRK Parlimen Batu Sapi.

“Rakyat pastinya tidak perlu panik kerana sebab diisytiharkan darurat kali ini ialah bersifat suatu pencegahan terhadap ancaman penularan wabak COVID-19.

“Proklamasi darurat meskipun hanya terhad dalam kawasan Parlimen berkenaan, pastinya membuka satu perspektif baharu buat rakyat Malaysia tentang darurat,” katanya.



Dia tak dapat buat darurat, dia buat PKPB pula, keluh Anwar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker