Dia tak dapat buat darurat, dia buat PKPB pula, keluh Anwar

Rakyat mula mempertikaikan kesahihan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumum kerajaan dari masa ke semasa bagi membendung penularan Covid-19.

Itu dakwaan Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasakan pelaksanaan itu memerlukan data terbuka supaya umum dapat mempercayai tindakan kerajaan berkaitan dengan kesihatan serta keselamatan dan bukan berunsur politik.

“Isu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat) kalau tanya Speaker (Dtauk Azhar Harun) beliau beri gambaran bahawa itu adalah fatwa KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) jadi kita jangan bahas. Tidak betul, sebenarnya. Semua ini ada hujahnya pakar kesihatan pertikai juga.

“Buat PKPB kerajaan negeri Selangor tidak tahu juga contoh Hulu Selangor, Sabak Bernam tiada kena mengena jadi satu negeri kena kenapa? Ini jejaskan kegiatan ekonomi. Hal-hal ini kita boleh bahaskan.



“Kita terima baik pengorbanan warga front liners, KKM. Kita tidak pertikai tapi semua negara lain di luar sana boleh sahaja berbahas tentang keperluan lock down muktamad atau elective ini.

“Ingat, yang hilang pekerjaan serta krisis ekonomi lain amatlah serius,” katanya ketika membahas Belanjawan 2021 selepas dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

Sambung Anwar yang juga Presiden PKR, pihaknya tidak mempertikai usaha keras KKM dalam pembendungan penularan Covid-19 malah tidak juga menyoal pengorbanan warga barisan hadapan.

“Kita sokong bila ada penguatkuasaan tegas dan keras oleh semua pihak berwajib. Tapi rakyat juga tertanya bagaimanakah ada VVIP terlepas dari semua undang-undang ini tetapi yang di bawahan itu terkena?



“Apakah pelaksanaan ini perlu berlarutan? Buatlah open data. Mesti ada ketelusan. Rakyat hendak tahu, bila ada maklumat terbuka dan sahih lagi rakyat akan yakin dengan apa yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Sikit-sikit PKPB. PKP bila kerajaan ‘lemah’. Jika bukan darurat, buat PKPB pula. Bagilah contoh teliti sedikit, saya tidak mahu pertikai soal keselamatan dan kesihatan yang perlu diutamakan tapi janganlah sampai orang pertikai,” tegasnya. MG

Nampak sangat darurat Abah darurat politik!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker