[VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Tips Buat ‘Latte Art Tanpa Machine’ Versi Jimat. Senangnya!
Bagi anda yang gemar minum kopi pasti sudah tidak asing lagi dengan latte art bukan?
Image via Casa Espresso
Percaya atau tidak, kini anda sudah boleh buat latte art sendiri di rumah dengan bajet yang murah! Rasanya lebih kurang sama macam latte yang ada dekat kedai minuman mahal.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah memuat naik video di Twitter milik peribadinya tentang cara nak buat latte art versi jimat. Yang penting, tips ini bukan untuk orang yang sedang atau nak diet ya.
Dengan hanya menggunakan empat bahan ini, anda sudah boleh menikmati latte yang sedap dan kaw!
Image via @AbrarIdris_ (Twitter)
Anda cuma perlukan serbuk kopi kampung, susu krimer manis, milk pitcher dan French press untuk menghasilkan latte art yang sedap. Yang penting jimat dan boleh buat sampai 10 ke 15 cup tau!
Di bawah adalah senarai bahan dan harga yang anda boleh dapatkan di kedai online:
Image via Merket by AzreenYusof
Image via Snachetto
Image via Nukilan Musafir
Bahan dah cukup, sekarang macam mana nak buat latte art ni?
Menerusi video berdurasi 1 minit 50 saat yang dikongsi oleh lelaki itu di Twitter, dia menunjukkan beberapa step untuk dapatkan latte art yang sama seperti kedai minuman mahal tanpa menggunakan machine.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Here we go.
Latte without machine. https://t.co/ZDZNnxdwM6 pic.twitter.com/no981dPd5G
— Aber (@AbrarIdris_) November 14, 2020
2. Masukkan satu sudu besar susu pekat manis di dalam milk pitcher dan tuang sedikit air panas dan sedikit air sejuk. Kacau sehingga larut.
3. Kemudian, gunakan penapis milk pitcher dan tekan susu beberapa saat sehingga berbuih dan tekstur jadi pekat.
4. Tuang susu ke dalam French press dan masukkan susu ke dalam cawan kopi yang telah di kacau tadi.
5. Akhir sekali, buat bentuk mengikut citarasa anda semasa tuang susu ke dalam cawan kopi kemudian latte art sudah pun siap dan sedia untuk diminum!
You must be logged in to post a comment.