PRK Batu Sapi dibatalkan – SPR

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang ditetapkan pada 5 Dis tidak akan diteruskan susulan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di kawasan Parlimen berkenaan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh berkata satu tarikh lain akan ditetapkan untuk PRK berkenaan susulan pengisytiharan darurat tersebut.

“SPR mengambil maklum akan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.



Pengisytiharan Darurat: Selepas YDPA jumpa Raja-Raja Melayu, Ini dua pilihan yang ada

“Ia bagi membolehkan suatu ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan PRK tersebut selepas diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 13 Okt lepas, SPR menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 Nov manakala hari pengundian awal pada 1 Dis dan pengundian pada 5 Dis.



PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Liew Vui Keong pada 2 Okt akibat jangkitan paru-paru.

Ada sesuatu di Batu Sapi, mampukah BN rampas semula kubu lama

Jika PN Bertanding, UMNO Sabah akan berkempen di Batu Sapi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker