Pengisytiharan Darurat: Selepas YDPA jumpa Raja-Raja Melayu, Ini dua pilihan yang ada

Yang di-Pertuan Agong akan mengadakan pertemuan dengan lapan Raja-raja Melayu hari ini, di mana kesemua baginda dijangka membincangkan cadangan kabinet untuk mengisytiharkan “darurat”, yang dikatakan bagi mengekang Covid-19.

Beberapa pakar perlembagaan dan undang-undang yang mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai sekurang-kurangnya dua pilihan untuk diputuskan.

Dua pilihan tersebut adalah Agong boleh menerima cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, atau menasihati kabinet untuk membuat pilihan lain.

Bagaimanapun, pakar bercanggah pandangan mengenai sejauh mana kuasa yang ada pada Seri Paduka dalam memutuskan untuk mengisytiharkan darurat atau tidak.

Pandangan yang paling popular, adalah Seri Paduka harus mengikut nasihat kerajaan.

“Dalam bacaan saya mengenai Perlembagaan Persekutuan, dan berdasarkan kes Majlis Privy Teh Cheng Poh, Agong harus menerima nasihat perdana menteri,” kata Lim Wei Jiet, seorang peguam yang arif dalam perlembagaan.

Dia merujuk kes pada tahun 1979, di mana seorang lelaki bernama Teh Cheng Poh mencabar kesahihan pengisytiharan Pulau Pinang sebagai wilayah keselamatan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Salah satu keputusan Majlis Privy ketika itu ialah Agong mesti mengikut nasihat eksekutif.

“Mereka (Raja-raja Melayu) tentunya boleh mencadangkan agar perdana menteri memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penyelesaian alternatif atau istilah darurat yang berbeza,” katanya.

Sekiranya kerajaan memberikan lebih daripada satu cadangan, maka Agong boleh memilih salah satu yang menurut baginda adalah yang terbaik, kata Lim.

Fellow peguam perlembagaan New Sin Yew juga berkongsi pandangan yang sama.

“Secara konvensyen, Yang di-Pertuan Agong berhak berunding dengan siapa saja sebelum bertindak atas nasihat. Oleh itu, YDPA boleh meminta persidangan Raja-Raja Melayu untuk tujuan rundingan tersebut.

YDP Agong sekali lagi tampil corak pemerintahan bijaksana, cekap

“Rundingan semacam itu adalah untuk memungkinkan Agong menjalankan peranan ketiga Seri Paduka, bagi mendorong dan memberi peringatan kepada kerajaan.

“Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak – bahkan tugas – untuk menasihati, mendorong dan memperingatkan kerajaan Seri Paduka.

“Baginda bebas untuk menyatakan pendapatnya mengenai pengisytiharan darurat dan mungkin memperingatkan perdana menteri agar tidak melakukannya.

“Bagaimanapun, ini akan menjadi rahsia antara Agong dan perdana menteri,” katanya.

Tambahnya, walaupun Agong boleh memberi nasihat atau peringatan kepada kerajaan, pada akhirnya baginda harus bertindak sesuai dengan nasihat kerajaan seperti yang disyaratkan oleh Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan.

“Tetapi tidak semudah itu. (Kerajaan) tidak boleh mengabaikan pengaruh dan kuasa Institusi Diraja kita ketika membuat keputusan kerajaan,” jelasnya.

Darurat Pentadbiran Negara, Tidak Melibatkan Tentera

‘Keputusan terletak di tangan baginda’

Sementara itu peguam Surendra Ananth juga mengemukakan pendapat serupa.

“Walaupun Yang di-Pertuan Agong boleh berbincang dengan Raja-raja Melayu yang lain untuk memberikan maklum balasnya kepada perdana menteri, saya rasa dia tidak dapat menolak nasihat perdana menteri pada akhirnya,” katanya.

Surendra menambah dia percaya bahawa nasihat Perdana Menteri kepada Seri Paduka, bagaimanapun boleh dicabar di mahkamah.

Sementara itu, pakar perlembagaan dan pensyarah undang-undang, Prof madya Shamrahayu A Aziz berkata Agong tidak perlu bertindak segera atas nasihat kabinet.

“Kalau kita ikut prinsip raja berperlembagaan itu sekalipun, raja hendaklah memastikan apa-apa nasihat dibawa kepada baginda itu adalah nasihat yang wajar, yang disertai bukti-bukti, maklumat-maklumat yang wajar untuk baginda bertindak.

“Baginda juga punyai hak untuk meminta maklumat dan beri nasihat kepada kerajaan,” katanya.

Profesor madya dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu menambah Agong boleh meminta kerajaan membentangkan pelan tindakan mereka juga, sebelum bersetuju dengan nasihat tersebut.

Kuasa PM, Kerajaan, Parlimen dan Mahkamah semasa darurat

Katanya, perisytiharan darurat juga tidak seperti proses menggubal undang-undang, yang boleh dilaksanakan dalam tempoh 30 hari, bahkan tanpa persetujuan Agong.

“Ini tentang kuasa Agong sebagai raja berperlembagaan apabila baginda mahu bertindak atas nasihat,” kata Shamrahayu.

Ketika ditanya apakah Agong memiliki kuasa untuk memutuskan perisytiharan darurat, dia berkata: “Itu di tangan baginda”.

Masih belum jelas ruang lingkup atau bentuk perisytiharan “darurat” oleh kerajaan selain dilaporkan ia bertujuan untuk memerangi wabak Covid-19.

Bagaimanapun terdapat spekulasi bahawa ini merupakan langkah politik untuk mengelakkan Belanjawan 2021 yang akan dibentang kerajaan digagalkan di Dewan Rakyat bulan depan.

Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin kini hanya memiliki majoriti dua kerusi dan kini diasak oleh Umno dan PKR.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa ramai anggota parlimen daripada parti itu kini menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai menjadi perdana menteri.

Secara berasingan Ahli Parlimen Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

Darurat hanya akan burukkan lagi ekonomi – Tengku Razaleigh

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker