Nikita Mirzani Bongkar Ustaz Maheer Seorang Homoseksual
Pergaduhan yang sedang dihadapi oleh pelakon yang berasal dari Indonesia, Nikita Mirzani dan Ustaz Maaher At-Thuwailibi kini semakin hangat.
Ustaz Maaher dikenali sebagai penyokong kuat Habib Rizieq iaitu ulama dari Indonesia dan salah seorang daripada pengasas-pengasas pertubuhan Islam tempatan, Front Pembela Islam (FPI).
Baik Nikita dan Ustaz Maaher, mereka masih menyindir antara satu sama lain melalui akaun media sosial mereka.
Setelah menyebarkan cerita tentang bekas isteri Ustaz Maaher mengenai kes keganasan rumah tangga, Nikita Mirzani kali ini kembali membuka aib Ustaz Maaher. Ibu kepada 3 orang anak ini sekali lagi mendedahkan kes lama yang melibatkan nama Ustaz Maaher yang terjadi pada masa lalu.
Melalui akaun Instagramnya, Nikita memuat naik foto keratan akhbar yang mengatakan ‘Maaher pernah diusir dari pesantren atau sekolah agama kerana didakwa kes homoseksual’. Sebelum dimuat naik oleh Nikita, maklumat ini telah viral di media sosial, terutamanya Twitter.
Dalam posting tersebut, Nikita Mirzani menuliskan kapsyen,
“Maaher diusir dari pesantren kerana kes homoseksual. Kelakar. Persoalannya, apakah Maaher ini boty atau top?”
Catatan Nikita Mirzani nampaknya mendapat sokongan yang padu dari pengikutnya. Mereka mengaku kagum dengan Nikita Mirzani yang berjaya untuk korek banyak perkara mengenai Ustaz Maaher.
Bagaimana Pergaduhan Ini Bermula?
Seperti yang diketahui, pergaduhan antara Nikita Mirzani danUstaz Maaher itu berlaku setelah Nikita mendakwa Habib merupakan seorang ‘penjual ubat’. Dakwaan ini kemudiannya dianggap telah menghina penyokong Habib Rizieq.
Isu semakin panas apabila, Maaher memanggil Nikita sebagai pelacur berzina dan jual diri. Lalu, Nikita membalas dengan membuka aib satu persatu tentang Maaher dan berjanji akan memenjarakan ustaz yang sering bersikap kasar terhadapnya.-Murai
You must be logged in to post a comment.