Menanduk bola boleh bawa padah – Lagenda Bolasepak, Geoff Hurst

London: Legenda Piala Dunia England 1966, Geoff Hurst berkata kanak-kanak seharusnya tidak dibenarkan menanduk bola kerana ramai generasinya yang berdepan dengan masalah ‘dementia’ (hilang daya ingatan).

Beberapa rakan sepasukan Hurst dalam skuad 1966 disahkan menghidap ‘dementia’ dan terbaru ialah Bobby Charlton.

Pemain lain yang menderita dengan penyakit berkenaan ialah Nobby Stiles yang meninggal dunia bulan lalu.

Hurst antara salah seorang daripada empat pemain skuad berkenaan masih lagi hidup selain Charlton, George Cohen dan Roger Hunt.

‘Tak ada duit, duduk rumah tengok tv’

Kajian menunjukkan bekas pemain bola sepak adalah tiga kali ganda berkemungkinan boleh meninggal dunia akibat ‘dementia’ berbanding orang lain.

“Akan ada sekumpulan masyarakat bakal menderita dengan penyakit ini. Saya mengimbau kembali ketika latihan di West Ham sebelum ini, di mana kami menggantung bola di siling dan akan melakukan tandukan selama 20 minit.

“Selepas itu kami akan melakukan tandukan menggunakan bola tenis di gimnasium dan di padang latihan. Kami melakukan tandukan dari jarak dekat dan jauh dengan pintu gol. Anda akan menanduk bola 20 atau 30 dalam tempoh setengah jam,” katanya.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker