Kembalikan segera mandat rakyat, undi percaya boleh dilakukan – Zahid

DEWAN Rakyat merupakan merupakan pentas terbaik untuk menstabilkan situasi politik dalam negara.

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sama ada terdapat usul undi percaya atau sebaliknya ia perlu diuji di Dewan Rakyat.

Menurutnya undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin boleh dilakukan oleh pihak Kerajaan.

“Jika ini tidak dapat dilakukan kerana kekangan peraturan mesyuarat sesuatu mesti dipersesuaikan dengan urusan kerajaan mesti diutamakan.



“Biarlah kerajaan sendiri yang menjadikannya sebagai urusan yang diutamakan iaitu menjadikan usul undi percaya dibawa ke dewan yang mulia ini,” kata Ahmad Zahid dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. SM

Mandat rakyat, mandat suci



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker