Covid-19 : Kembali 4 angka, 1290 kes baru hari ini dengan 4 kematian

Sehingga tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan 1,290 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Empat kes kematian turut dicatatkan, menjadikan jumlah korban keseluruhan di Malaysia akibat wabak itu adalah 326.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa 110 pesakit Covid-19 kini di unit rawatan rapi (ICU), melebihi rekod sebelumnya iaitu 108 pada 3 April.

Daripada jumlah kes baru yang dilaporkan, lima merupakan kes import, sementara selebihnya, 1,285 adalah merupakan penularan tempatan.



Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dua negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi pada hari ini adalah Sabah (660 kes) dan Selangor (407 kes).

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 1,290 kes jangkitan baharu dilaporkan hari ini, dengan hanya 5 kes import manakala selebihnya penularan dalam negara.

Ketika ini, sebanyak 13,222 kes sedang dirawat.



Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 4 kluster baharu dikenal pasti hari ini, melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Perak, dan Johor.

Empat kluster itu adalah Kluster Kapas BJ yang melibatkan daerah Hulu Langat (Selangor), Kluster Prestij yang melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa (KL), Kluster Bah Bercham melibatkan daerah Kinta (Perak), dan Kluster Kiambang melibatkan daerah Mersing, Kota Tinggi, dan Johor Bahru (Johor).

Status terkini COVID-19 setakat 19 November 2020



Jumlah discaj baru: 878 kes
Jumlah kumulatif discaj: 38132 kes (73.8%)

Jumlah kes baru: 1290 kes
Jumlah kumulatif: 51680 kes
Jumlah kes aktif: 13222 kes

Kes tempatan: 1285 kes
Kes import: 5 kes

Jumlah kematian: 4 kes
Jumlah kumulatif kematian: 326 kes (0.6%)



Jumlah kes di ICU: 110 kes
Pesakit intubated: 37 kes

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker