Awas… aplikasi Whatsapp sasaran penggodam mencuri maklumat anda

Boleh dikatakan hampir setiap orang yang memiliki telefon pintar pasti akan mempunyai aplikasi WhatsApp. Aplikasi Whatsapp merupakan pengkalan data yang besar meliputi setiap individu di seluruh dunia.

Kini, aplikasi Whatsapp adalah antara sasaran utama para penggodam atau phacker-hacker. Tambahan pula Whatsapp sering menjadi penyambung utama untuk komunikasi masa kini yang mana akaun individu WhatsApp sering disambungkan ke akaun lain samada media sosial, e-wallet, e-commerce dan sebagainya.

Seseorang pasti akan mengalami masalah dan kerugian besar apabila aplikasi Whatsapp digodam atau diketahui oleh orang lain kerana banyak maklumat dan data peribadi akan terbongkar.

Sebagai panduan dan ingatan bersama ini adalah antara beberapa cara yang digunakan oleh para penggodam untuk mengambil alih aplikasi Whatsapp anda.

Web Whatsapp


Web WhatsApp sering digunakan untuk memudahkan perbualan atau komunikasi melalui komputer riba atau PC. Ini sebenarnya membuka peluang untuk aplikasi Whatsapp digodam.

Melalui kaedah ini, penggodam hanya memerlukan kod QR daripada web WhatsApp untuk mengimbas. Kod ini dapat diperoleh ketika mereka memiliki akses ke telefon pintar yang anda gunakan.

Untuk mengelakkan risiko ini, anda harus kerap memeriksa peranti apa yang didaftarkan pada akaun Web WhatsApp anda. Caranya ialah pergi ke Tetapan> WhatsApp Web / Desktop. Perhatikan peranti apa yang disenaraikan dan sekiranya ada sesuatu yang tidak anda kenali maka dengan segera klik Log Keluar.

MENGINTIP MESEJ WhatsApp daripada Facebook

Umum mengetahui bahawa WhatsApp dan Facebook adalah daripada syarikat yang sama. Ramai juga yang masih tertanya-tanya apakah kedua-duanya bersambung atau tidak.

Developer terkenal, Gregorio Zanon mengatakan sebaliknya. Zanon menjelaskan bahawa Facebook dan WhatsApp menggunakan “wadah” penyimpanan yang sama pada peranti. Walaupun mesej itu didakwa terenkripsi, Facebook masih berpotensi untuk menyalin maklumat daripada WhatsApp.

Apa yang kita perlu buat untuk mencegahnya? Bagi melindungi akaun anda, anda tidak boleh menggunakan alamat e-mel yang sama untuk Facebook dan WhatsApp. Dengan cara itu, risiko akaun anda kena hack dapat dikurangkan.

HACK daripada Nombor OTP

Apakah anda biasa dengan istilah one-time password atau OTP? Ia adalah sebuah angka yang biasanya digunakan ketika kita log masuk ke akaun WhatsApp dan platform lain.

Para hacker sering memanfaatkan OTP ketika mereka ingin merampas akaun orang lain.

Cara yang sering digunakan ialah mereka mengatakan salah mengirim kod OTP ke smartphone anda. Akhirnya mereka meminta anda menghantar kod tersebut. Kalau mereka dapat OTP itu, maka akaun WhatsApp anda dipindahkan ke telefon pintar mereka.

Oleh itu, jangan sekali-kali menghantar kod OTP kepada orang lain. Malah kepada saudara-mara atau rakan-rakan. Kerana OTP itu adalah kunci untuk mengambil alih sebuah akaun.

KAEDAH MMI – Man to Man Interface


Kaedah hack ini mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Hackers akan meminta memasukkan kod ** 21 * (nombor mangsa) # dan memanggilnya. Ternyata itu adalah kod Man to Man Interface (MMI).

Kod ini biasanya digunakan untuk mengalihkan nombor telefon ke peranti lain. Oleh itu, semua panggilan yang masuk ke nombor kita akan diterima oleh pelaku. Daripada sana, hackers akan dapat memasukkan akaun WhatsAppnya ketika mendapat Call Me OTP atau kod OTP yang diberikan melalui telefon.

Bukan hanya WhatsApp, apabila penggodam menguasai nombor telefon anda, mereka juga dapat mengakses akaun lain. Bermula daripada media sosial, e-wallet, dan sebagainya.

Bagi mengelakkan ianya tidak berlaku kepada anda maka jangan sesekali melakukan perkara yang mudah diminta oleh orang lain. Anda harus ragu-ragu dan mengetahui apa yang mereka cuba lakukan untuk akaun anda. Jangan juga memberikan kod OTP sebarangan kepada orang lain.

HACK daripada FAIL MEDIA

Seperti yang kita ketahui, WhatsApp membolehkan penggunanya mengirim dan menerima fail. Ternyata ciri ini telah dimanfaantkan oleh hacker. Mereka akan menghantar fail yang mengandungi perisian malware kepada orang lain. Apabila fail dibuka, malware dipasang secara automatik. Selepas itu, penggodam mendapat akses ke WhatsApp atau juga telefon pintar mangsa.

Untuk mengelakkannya, anda harus mematikan tetapan auto-download di WhatsApp. Pergi ke Settings > Chat Settings. Di bahagian Save to Gallery, pastikan tetapan Off atau mati.

HACK melalui FILE BACKUP WhatsApp

Sekiranya anda adalah pengguna aplikasi Whatsapp yang aktif kebiasaannya mereka akan buat backup. Ini sebagai persedian jika tiba-tiba aplikasi mengalami gangguan, reset, atau tak sengaja terhapus. Malangnya , penggodam menyalahgunakan ciri ini untuk kepentingan mereka.
Untuk mendapatkan fail yang dibackup daripada WhatsApp anda hackers akan menggodam e-mel atau Google Drive anda. Melalui teknik penggodaman mereka dapat mengalihkan simpanan backup anda ke e-mel mereka sendiri. Apabila berjaya, penggodam bebas mengakses semua text sembang dan media.

SILA KONGSI

Itu adalah antara beberapa cara yang sering digunakan oleh penggodam untuk menggodam atau merampas WhatsApp.

Sila share maklumat ini kepada orang di sekeliling anda supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada hackers dan scammer.

sumber FB PEKOMA

Penggodam Iran akses data pengundi AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker