Menteri kewangan tak maksum tapi dia runding semua

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz bukan maksum dan sudah pasti terdapat kekurangan dalam merencana Belanjawan 2021.

Bagaimanapun Ahmad Zahid Hamidi (BN- Bagan Datuk) memuji pendekatan Zafrul yang telah melakukan rundingan dengan semua pihak mengumpul pandangan bagi belanjawan kali ini.

“Menteri kewangan bukan maksum jauh dari kesempurnaan, tentunya ada kekurangan dalam Belanjawan 2021.

“Namun, menteri kewangan lakukan perbincangan dengan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.



“Sikap terpuji ini kita alu-alukan, bahkan beberapa perubahan terus dilakukan bagi membawa negara keluar dari kepayahan ekonomi,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak ketika berbahas di Dewan Rakyat berkata sokongan parti itu terhadap Belanjawan 2021 adalah secara bersyarat.

Syarat dikemukakan BN adalah kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Ketika menjawab pencelahan Ahmad Maslan (BN- Pontian) berhubung had pengeluaran terbaru KWSP, Ahmad Zahid kata dia bersetuju dengan perubahan kadar itu seperti mana yang disarankan Najib.




Zahid berkata, Zafrul semalam telah berdialog dengan pimpinan KWSP dan beberapa “pengubahsuain” dilakukan, yang dipercayainya “sesuai dengan saranan Pekan” (Najib).

‘Beri kail, bukan ikan saja’

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menggesa menteri kewangan supaya memberi perhatian kepada rakyat yang terkesan dengan Covid-19 seperti pengusaha bas persiaran, bas sekolah mahupun bas pelancongan.

Juga mahukan kerajaan memberi perhatian terhadap mereka yang membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen yang tidak diberikan moratorium.



“Kerajaan wajib lakukan rancangan pemulihan ekonomi kerana rakyat mahu merasai mereka bukan saja diberikan ikan tapi kail… kail inilah yang diharapkan kumpulan B40 M40 dan jangan lupa T20 yang banyakbmenyumbang.

“Syarikat pinjaman berlesen turut menekan peminjam sewa beli. Saya menyokong disegerakan akta kredit pengguna,” katanya. Mk

Tommy sapu semua, PSM tulis surat pada Peguam Negara Idris Harun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker