Jho Low, kenapa lari kalau tak bersalah?

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low tidak perlu takut untuk kembali ke tanah air jika dia beranggapan dirinya tidak bersalah dalam kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tindakannya yang sering menyembunyikan diri seolah-olah dia cuba mengelak daripada siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata Jho Low sepatutnya berani kembali ke tanah air jika benar dia menganggap dirinya tidak bersalah.



“Jika dia yakin dirinya tak bersalah, saya mempelawa pulang bagi membolehkannya membela diri

“Jangan terus lari dan menyembunyikan diri di luar negara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Peguam Najib gesa Jho Low serah diri



Abdul Hamid mengulas kenyataan Jho Low bahawa dia hanya meminjam wang 1MDB dan sedia memulangkannya asalkan tidak didakwa.

“Saya boleh mengaturkan pertemuannya (Jho Low) dengan pihak Peguam Negara. Saya juga beri jaminan keselamatan ke atas dirinya,” katanya.

Beliau berkata, keputusan untuk tidak mendakwa Jho Low bukan berada di bawah bidang kuasanya.

“Jho Low perlu berbincang dengan pihak Jabatan Peguam Negara jika dia benar-benar merasakan dirinya tidak bersalah,” katanya.



Abdul Hamid memaklumkan bukan saja pihak berkuasa Malaysia yang ‘memburu’ Jho Low tetapi juga Amerika Syarikat dan Singapura.

Terdahulu, Jho Low menerusi satu dokumentari disiarkan stesen penyiaran antarabangsa, Al Jazeera menegaskan, dia meminjam wang berbilion dolar daripada 1MDB untuk dirinya.

“Saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya melalui satu rakaman perbualan telefon yang diperoleh secara eksklusif oleh stesen penyiaran itu.

Jho Low berkata, wang tersebut dibelanjakan antara lain untuk membeli hartanah mewah di seluruh dunia, karya seni, jet peribadi, kapal layar besar dan arak mahal.



Dokumentari berdurasi satu jam itu dimulakan dengan panggilan telefon antara Jho Low dan kerajaan Malaysia antara Mei hingga November 2018.

Kenyataan Jho Low: Jangan terima ‘bulat-bulat’ – Peguam Najib



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker