Bayi 3 bulan Terkunci Dalam Perodua Viva

Share

Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang terperangkap dalam sebuah kenderaan diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dalam satu kejadian di Taman Kota Puteri, di sini semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Yusri Atan berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 9.34 malam sebelum sembilan anggota beserta dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kejadian berlaku ketika ibu bayi berkenaan sedang mengeluarkan barangan dari dalam kereta untuk dimasukkan ke dalam rumah.

“Ketika itu, kenderaan jenis Perodua Viva berkenaan terkunci secara automatik (autolock), menyebabkan bayi terbabit terkunci dari dalam selama kira-kira 10 minit.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa 5 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.-K! ONLINE

Pemandu Myvi Rempuh Kereta Anggota TLDM semalam Disahkan Positif Dadah

Leave a Reply