AIR Selangor: LRA Rantau Panjang ditutup semula, Rakyat dah bosan
Loji rawatan air (LRA) Rantau Panjang ditutup semula selepas pencemaran bau dikesan di muka sauk loji berkenaan.
Lembaga Pengurusan Air Selangor (Luas) mengatakan ia mengesan bau seperti solvent (pelarut) pada 7 petang tadi, dengan bacaan nombor bau ambang (TON) satu.
“Berikutan itu, LRA Rantau Panjang telah dihenti tugas pada jam 7.10 petang.
“Luas, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.
“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan Luas di Facebook.
Loji yang sama adalah antara empat yang ditutup minggu lalu setelah sebuah kilang dipercayai membuang sisa kimia yang akhirnya berakhir di Sungai Selangor.
Ia kembali beroperasi semula pada 11 November lalu.