Zul Yahya Solat Jemaah Di Masjid Tanpa Ikut SOP
Menerusi perkongsian itu, Zul turut meluahkan rasa syukur masih lagi merapatkan saf ketika menunaikan solat jemaah. Seperti sudah dijangka, perkongsian pelakon berusia 47 tahun itu mengundang kecaman netizen.
Namun bukan itu sahaja, Zul juga dilihat turut memuat naik kenyataan di Instagram mepersoalkan keyakinnan muslimin terhadap kuasa Allah dan sunnah Nabi S.A.W.
Malah, Zul juga mencadangkan agar solat jemaah di masjid dilakukan mengikut norma lama. Ujarnya lagi, jika dibenarkan solat seperti biasa di masjid boleh diadakan solat hajat untuk memohon bantuan dari Allah s.w.t
Dalam pada itu, Zul mempersoal apa yang perlu ditakutkan sedangkan ada sahaja berhimpun beramai-ramai tetapi jika melibatkan masjid tdak dibenarkan. Katanya, jika ada yang tidak bersedia boleh duduk di rumah.
“Aku cadangkan buka salah satu masjid di setiap kawasan untuk solat berjemaah ikut norma lama. Kami boleh buat solat hajat perdana dan macam-macam amalan untuk memohon bantuan dari Allah.
“Apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apa pula. Tapi bab masjid bagi macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal. Yang tak bersedia duduk diam-diam di rumah,” katanya.
https://mykmu.net/2020/11/05/zul-yahya-ceburi-bidang-perniagaan-buka-pasar-raya-sendiri/
Ustaz Kazim Cadang Cara Islam
Golongan ulama dan agamawan perlu duduk semeja bagi bersama-sama mencari penyelesaian serta penawar koronavirus (Covid-19) mengikut panduan al-Quran dan hadis nabi.
Pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, melihat kepada keadaan Covid-19 yang masih belum reda malah terus meningkat, umat Islam tidak boleh terus bergantung kepada usaha sedia ada.
Menurutnya, wabak yang melanda dunia itu bukan sahaja mewujudkan kebiasaan baharu di dalam masyarakat malah turut menuntut pengubahsuaian dalam agama yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
“Golongan agamawan berautoriti seperti mufti dan sebagainya perlu berbincang semula tentang perkara ini. Kaji balik bersama pakar-pakar Islam yang lain dalam pelbagai bidang untuk mencari jalan penyelesaian.
“Kita tidak boleh selama-lamanya begini dan hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) mereka. Saya sarankan agar kita kembali kepada al-Quran dan hadis nabi dalam mencari penyelesaian terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas mengadakan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh, di Pusat Komuniti Teluk Muroh di sini hari ini.
Mohd Kazim menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Rumah Ngaji Teluk Muroh di Pusat Komuniti Teluk Muroh hari ini.
Menurutnya, masyarakat Islam melihat kehadiran Covid-19 menjurus kepada satu bentuk pengubahsuaian dalam bentuk agama sebagai contoh penjarakkan dalam solat sedangkan Islam mementingkan saf dirapatkan.
Dalam pada itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar kaedah perubatan Islam seperti disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW digunapakai dalam membendung serta mencari penawar untuk virus tersebut.
“Kita gunakan ubatan sunnah sebab hari ini sampai sekarang mereka katakan tidak ada ubat atau vaksin sedangkan nabi kata madu itu adalah penyembuh, habbatus sauda adalah penyembuh. Jadi kenapa tidak menggunakan perawatan Nabi Muhammad SAW tersebut untuk menyembuhkan.
“Kenapa kita sendiri tidak yakin dengan ajaran nabi, ajaran al-Quran sedangkan kitalah sepatutnya menjadi duta kepada nabi kita, duta al-Quran kita,” katanya.
Beliau berkata, pakar-pakar dalam kalangan umat Islam perlu ke hadapan menggunakan kaedah dan saranan al-Quran serta hadis dalam mengawal virus ini.
Sementara itu, Mohd Kazim turut mencadangkan agar bacaan zikir tertentu dan ayat-ayat al-Quran yang boleh menjadi penyembuh serta penenang diperdengarkan kepada seluruh masyarakat.
Katanya, pelbagai saluran boleh digunakan sama ada menerusi media elektronik dan media sosial untuk memperluaskan bacaan tersebut.
“Mungkin perkara itu boleh dijadikan sebagai salah satu usaha untuk mengawal penularan Covid-19 dan memberi ketenangan kepada masyarakat,” katanya.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=PfzTh5FjHEg[/embedyt]
Kredit: RK, Trendingsangat.pw
Alhamdulillah dan Tahniah kepada Pelakon Zul Yahya & Isteri selamat lahirkan Anak ke 6 (Lelaki)
You must be logged in to post a comment.