Vaksin sahaja tidak cukup untuk hentikan pandemik – WHO

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. – Foto AFP

GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengatakan bahawa vaksin sahaja tidak akan menghentikan pandemik COVID-19.

Pandemik itu telah berleluasa sejak beberapa bulan, dengan jangkitan melonjak melebihi 54 juta dan meragut lebih 1.3 juta nyawa.

“Vaksin akan melengkapkan alat lain yang kita miliki, bukan menggantikannya,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Angka WHO untuk Sabtu lalu menunjukkan bahawa 660,905 kes COVID-19 dilaporkan kepada badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, yang menetapkan tanda aras tertinggi baharu.

WHO rayu dunia bersatu perangi Covid-19

Angka itu, dan 645,410 yang didaftarkan pada Jumaat, melebihi rekod tertinggi harian sebelumnya iaitu 614,013 yang dicatatkan pada 7 November.

Tedros mengatakan bahawa bekalan vaksin pada mulanya akan terhad, dengan petugas kesihatan, orang tua dan populasi berisiko lain (akan) diutamakan.

Dengan cara itu, ia diharap dapat mengurangkan jumlah kematian dan memungkinkan sistem kesihatan berupaya menanganinya.

Namun, beliau memberi amaran: “Itu masih akan memberikan virus banyak ruang untuk bergerak. Pengawasan perlu terus dilakukan, orang ramai masih perlu diuji, diasingkan dan dirawat, kontak masih perlu dikesan… dan individu masih perlu dijaga.” – AFP

https://mykmu.net/2018/05/02/daim-perompak-terakhir-melengkapkan-pakatan-korupsi-rakyat-pkr/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker