Umno akan bertanding di kerusi Muhyiddin pada PRU-15, kata Ku Li

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata parti itu akan bertanding di Parlimen Pagoh, kerusi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut laporan The Malaysian Insight, Tengku Razaleigh berkata Umno akan bertanding di kerusi tradisinya, termasuk kerusi yang sekarang disandang mereka yang keluar parti.

“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya.

“Kita tak pernah kalah, baik di Langkawi atau Pagoh,” katanya.



Langkawi kini disandang bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Tengku Razaleigh berkata Umno dan PPBM tidak boleh elak pertembungan di kerusi-kerusi majoriti Melayu sekiranya mereka terus bekerjasama.

Sekarang, katanya, banyak dalam Umno menilai semula semula hubungan dengan PPBM kerana meragui manfaat kerjasama mereka.

“Apa untung kita dengan PPBM? Apa untung kita berpakat dengan PAS? Matlamat mereka seakan sama, akhirnya kita bergaduh pula,” katanya.



Terdahulu, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa, berkata gabungan itu mahu mempertahankan semua kerusi tradisinya pada PRU akan datang.

Tengku Razaleigh, yang juga pengerusi majlis penasihat Umno, berkata jawatan penting dalam Kabinet harus diberikan kepada partinya kerana pengaruhnya.

Beliau juga menyoal pemimpin partinya apabila Umno tidak mendapat lebih banyak jawatan selepas ia menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri bagi menyelesaikan krisis politik pada Februari.

“Tapi mereka pun tak boleh jawab.” FMT



Kemelut PN berdepan PRU-15

Related Articles

One Comment

  1. Maaf la ni komen mcm rakyat bodoh.. Dgn rakyat sdh kelaparan dan xda kerja.. Dengan negara d ambang bangkrap. Mgkin rakyat bangkit lag lebih berani banding dgn pru14.. Tsmy bole merancang jgn lupa perancangan Allsh yg terbaik.. Dsai sdh smangkin menonjol dgn aura kepimpinan berjiws rakyat.. Manakala tsmy hya pentingkan perut sendiri yg tdak kenyang2 mengumpul harta utk dunia…. Jgn rendahkan dan remehkan rakyat yg dh ramai jatuh miskin.. dan x berani bangkit.. Tunggu x lama lg aura dsai akan meletup d sokong rskyat jelata.. Aamiin 🤲

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker