Perlu Adil! Jho Low Kena Balik Dan Hadapi Perbicaraan – Akhbar Satar

Tidak adil bagi Malaysia sekiranya Jho Low tidak didakwa di mahkamah semata-mata kerana dia sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan mengembalikan semula wang dan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar berkata, mahkamah yang sepatutnya menentukan setiap tindakan dan hukuman terhadap ahli perniagaan dalam buruan itu dan dia harus pulang ke Malaysia untuk dibicarakan.

“Kalau nak kembalikan wang, kita tak akan didakwa, ini tidak adil. Yang penting, kita di Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada peranan untuk dakwa dia di mahkamah.



“Jadi, mustahak untuk apa jua tindakan dilakukan di mahkamah. Kita kena pastikan, apabila mahkamah buat keputusan, sama ada penjara atau tidak, itu dalam bidang kuasa mahkamah.

“Ini kerana, kesalahan yang dilakukannya itu ada akta yang ditetapkan di bawah SPRM,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Jho Low menerusi siaran eksklusif di Al Jazeera terdahulu hari ini yang mengatakan beliau hanya meminjam daripada 1MDB dan sedia memulangkan wang dan aset dengan syarat dia tidak akan didakwa di mahkamah.

Akhbar berkata, seseorang tidak boleh terlepas dari perbicaraan mahkamah walaupun mahu menyerahkan semula aset yang telah diambil.

“Sudah tentu ia akan diikuti penguatkuasaan akta terhadap kesalahan yang dilakukan. Yang penting, salah atau tidak salah, ia ditentukan mahkamah.



“Kita tidak boleh awal-awal lagi menetapkan untuk serah harta. Sebab, kalau kita tengok, memang banyak yang sudah dihabiskan. Ini tak adil. Jho Low perlu balik dan hadapi perbicaraan,” ujarnya.

Sementara itu, kata Akhbar, SPRM mempunyai bukti-bukti kukuh untuk membawa Jho Low ke muka pengadilan selepas didakwa melakukan penyelewengan wang 1MDB.

Justeru, tambahnya, Malaysia telah menyerahkan kepada bidang kuasa polis antarabangsa untuk mengesan ahli perniagaan itu-Awani

Peguam Najib gesa Jho Low serah diri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker