Saham Top Glove junam selepas PKPD di asrama pekerja · MYKMU.NET

Saham Top Glove junam selepas PKPD di asrama pekerja

Share

Saham Top Glove Corp Bhd menjunam hari ini, selepas perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dilaksanakan ke atas asrama pekerjanya di Klang, Selangor.

Menurut laporan Reuters, saham pengeluar sarung tangan getah itu merudum 9.72% pada awal dagangan hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan asrama lelaki syarikat itu di Jalan Abadi 1A/QU8 dan asrama wanita di Jalan Abadi 1A serta Jalan Abadi 10A/KU8 dikenakan PKPD mulai hari ini hingga 30 Nov ini.

Katanya, ia membabitkan 13,190 pekerja dan hampir 1,200 penduduk di kawasan berhampiran.

Kemudahan Top Glove di Meru, Klang, dikaitkan kepada kluster Teratai, yang mencatatkan 14 kes baru semalam, menjadikan keseluruhan 228 kes positif dalam kluster itu.

Syarikat itu mempunyai 20 kilang dan asrama pekerja di Meru. Walaupun kilangnya masih beroperasi ketika ini, semua pekerja di kilang dan asrama diarah menjalani ujian saringan. FMT

PKPD di asrama pekerja Top Glove

Leave a Reply