Nak pergi mohon bantuan, motosikal pula terbakar
KULAI – Hasrat seorang lelaki orang asli untuk memohon bantuan Baitulmal tidak tercapai apabila motosikal yang ditunggang bersama dua anak lelakinya rosak sebelum terbakar di Plaza Tol Senai di sini hari ini.
Bagaimanapun dalam kejadian itu, mangsa berusia 30-an dan dua anaknya yang berusia enam dan lapan tahun sempat menyelamatkan diri.
Menerusi hantaran Facebook rasmi Polis Daerah Kulai, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada percikan api di bahagian enjin motosikal.
Menurutnya, kebakaran itu berjaya dipadam oleh seorang anggota polis dari Balai Polis Senai iaitu Koperal Mohd Redzuan Mohamed yang ketika itu bertugas di Sekatan Jalan Raya Plaza Tol Senai.
“Mohd Redzuan bergegas datang membantu memadamkan kebakaran. Walau bagaimanapun api cepat marak dan memusnahkan keseluruhan motosikal tersebut,” katanya.
Difahamkan tiga beranak itu juga itu tersesat jalan ketika dalam perjalanan.
Sinar
PANAS! Larang Hampiri Kereta Terbakar, Abang Bomba Jadi Mangsa Tumbuk [Video]
You must be logged in to post a comment.