Jangan biar skim i-Sinar jadi skim ‘i-Die’, kata Najib

Najib Razak menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperluaskan pengeluaran dari Akaun 1 kepada golongan yang berdepan pemotongan gaji akibat pandemik Covid-19.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau pada awalnya menganggarkan 4.7 juta ahli akan mendapat manfaat daripada skim i-Sinar, dengan jumlah pengeluaran mencecah RM47 bilion.

Namun, beliau mendapati KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli akan membuat pengeluaran berjumlah RM14 bilion kerana syarat kelayakan mengehadkan mereka yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan lain.

“KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja saja, tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan berkurang akibat gaji dipotong, elaun dipotong, komisen berkurang serta jumlah hari bekerja atau OT dipotong.



“KWSP tidak boleh terlalu bersyarat sebab kita tidak mahu skim i-Sinar menjadi skim i-Die bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja, walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat Covid,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Beliau menggesa KWSP membuka skim i-Sinar kepada mereka yang berdepan pengurangan pendapatan sebanyak 20% atau lebih akibat pandemik.

Beliau mengingatkan kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan ramai yang sengaja berhenti kerja atau dibuang kerja untuk memenuhi kelayakan memohon skim i-Sinar.

KWSP mengumumkan i-Sinar ialah lanjutan daripada kemudahan pengeluaran i-Lestari yang kini mencapai anggaran pengeluaran RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.



Permohonan untuk i-Sinar, yang membenarkan pengeluaran RM500 sebulan selama 12 bulan, boleh dibuat mulai Disember ini dan wang akan dikreditkan ke akaun bank ahli bermula Januari 2021.

KWSP dijangka mengumumkan butiran skim itu esok. FMT

KWSP Akur, Walaupun Belum Menyeluruh Ini Juga Satu Kemenangan Buat Rakyat



Related Articles

One Comment

  1. Greetings Datuk Seri Najib,

    Tepat sungguh comment yang Datuk Seri luahkan.

    Datuk Seri, kalau ada apa car, tolong ambil balik pentadbiran negara. Pada masa Datuk Seri was the prime minister…..all projects were at full blast and running, towards achieving the goal of a fully developed country.

    But, too many scoundrels ard you and they took the opportunity to character assassinate you with all kinds of accusations. Rakyat semua tak fikir secara logic……kalau betul betul Datuk Seri nak buat semua yang difitnah tu….dgn senang Datuk Seri boleh buat dgn cara dimana tidak ada seorang pun akan tahu apa yang berlaku. LOGIC LA ….COMMON SENSE.

    But instead all took advantage and pressed you against the wall. Senang je…….fikir balik dgn teliti dan secara logic. Akan terjawab semua soalan.

    Datuk Seri they are making all of us, EPF members look like clowns. They are actually using our own savings yearly gains, then they’ll underdeclare dividends with lower %. And the differences used back towards our I-Lestari and i-sinar facilities. This is the clear reason why they are only willing to disburse the money in 2021. The current government is just using our own money to fill it back to us. They don’t have to prepare and pump in funds, there’s no money for them to pump in. The government only have the taxpayers money and our retirement funds to tabulate and roll. That’s it……no 2 ways about it.

    What say you Datuk Seri.

    You are a leader because you have the right inclined knowledge, Datuk Seri.

    Yang lain lain no komen……..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker