[VIDEO] Doktor Terkejut Nampak Suami Jaga Roadblock, Tak Sangka Sempat Pula Dia Buat Kejutan…Sweetnya š.

SEJAKĀ kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri di semenanjung, pasukan polis giat melakukan sekatan jalan raya (SJR) serta rondaan bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Bagi sesetengah orang, pasti wujud perasaan gentar apabila terpaksa melalui SJR kerana bimbang akan ditahan atau disoal oleh anggota polis yang tegas.
Namun video tular baru-baru ini yang memperlihatkan seorang anggota polis membuat simbol āā¤ļøā dengan kedua-dua belah tangannya kepada seorang pemandu wanita, begitu mencuri tumpuan netizen.
Rata-rata netizen terhibur dengan video berkenaan dan menyifatkan aksi anggota polis itu sebagai sesuatu yang āCuteā.
Mungkin ramai yang tidak tahu, anggota polis berkenaan sebenarnya adalah suami kepada pemandu wanita yang membuat rakaman tersebut dari dalam kereta yang dipandunya.
āAbang polis bagi āheartā la kat kita hahaha. Macam ini la bilaĀ wifeĀ doktor,Ā husbandĀ polis. Bertembung tepi jalan macam ini sajalah.Ā Take care my husband. Jangan marah na, kita main phoneĀ sekejap je ni nak rakam. Jarang-jarang boleh rakam momen ni,ā demikian kapsyen pada perkongsian asal yang dimuat naik di Facebook wanita berkenaan.
Dr Nik Farzana memuat naik video āsweetā suaminya di Facebook.
Ketika berkongsi cerita denganĀ mStar, Dr Nik Farzana Abdullah berkata ketika itu dia sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Klinik Kesihatan Seberang Jaya ke rumah yang terletak di Kulim, Kedah.
āSuami, Mohd Haniff tak tahu saya nak lalu dan saya pun tak tahu yang suami saya kerja roadblock hari itu. Sebab dia kerja berubah-berubah, sekejap ronda moto, sekejap MPV, sekejap jaga balai. Jadi tak jangka jumpa dia.
āSepanjang PKP dan PKPB ni dia banyak kali buat roadblock tapi tak pernah bertembung. Ini baru pertama kali jumpa macam ini. Dan tak sangka dia tiba-tiba buat reaksi macam tu (simbol ā¤ļø).
āDia cam kereta. Saya tak main telefon bimbit masa memandu tapi bila tengok dia dari jauh, itu yang saya rakam,ā jelas Dr Nik Farzana.
Anggota polis yang merupakan suami Dr Nik Farzana sempat membuat aksi ācuteā kepada isterinya itu.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga berkata, dia langsung tidak berniat untuk menularkan video berkenaan sebaliknya hanya memuat naik sebagai kenangan sendiri.
āSaya post hanya untuk simpanan sebab bagi saya ārare momentā sangat dengan tiba-tiba suami buat reaksi macam itu pula. Mungkin kawan-kawan yang kongsi.
āAda terbaca komen-komen yang kurang OK, cakap (polis) tak saman pulak main telefon. Saya harap sal4h faham itu dapat dirungkaikan.
āKereta saya tak bergerak waktu rakam tu. Selepas melepasi roadblock, saya terus simpan telefon. Saya hanya muat naik ketika sampai rumah,ā ujar doktor berusia 29 tahun ini.
Ada terbaca komen-komen yang kurang OK, cakap (polis) tak saman pulak main telefon. Saya harap salah faham itu dapat dirungkaikan.
DR NIK FARZANA ABDULLAH
ISTERI
Mempunyai pasangan yang juga merupakan seorang petugas barisan hadapan, doktor ini turut mengakui mereka berdepan dengan cabaran terutama dari segi meluangkan masa bersama keluarga.
āCabarannya dari segi penjagaan anak-anak. Kami dua-dua sibuk, tambahan pula tinggal jauh dari kedua ibu bapa kami. Jadi agak sukar nak tinggalkan anak-anak lama dengan pengasuh.
Dr Nik Farzana turut bertugas di lapangan untuk mengambil ujian calitan pesakit Cov1d-19.
āKadang-kadang saya balik kerja, suami dah pergi kerja. Bertembung macam itu sajalah,ā katanya yang pernah berkhidmat selama empat tahun di Hospital Kulim, sebelum ini.
Dalam pada itu, doktor ini yang turut bertugas di lapangan untuk melakukan ujian calitan (swab) menasihati rakyat Malaysia supaya mematuhi SOP dan kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting.
āKekal di rumah dan beri kerjasama sepenuhmya terhadap frontliner,ā ujarnya lagi.
VIDEO DIBAWAH INI:
[videopress drj7c2C9]Sumber:Mstar
You must be logged in to post a comment.