Saya Maafkan Nabil – Azwan Ali
Pengacara sensasi, Azwan Ali tidak berkecil hati bahkan memaafkan andai benar Nabil Ahmad menyindir dirinya dalam siaran langsung program Gegar Vaganza musim ketujuh, malam tadi.
Azwan atau nama lengkapnya, Mohamed Azwan Ali, 54, berkata, dia terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara tersebut.
“Saya tak tengok pun video katanya dia sindir saya dalam program itu. Tetapi kalau betul dia sindir saya dalam program siaran langsung, saya maafkan dia.
“Kalau betul dia berkelakuan begitu dan mahu bersikap kurang ajar, terpulang kepada dia. Saya tiada masalah dengan Nabil. Dia tak sebut nama saya kan, jadi lantak dia,” kata Azwan kepada Kosmo! Online sebentar tadi.
Bagaimanapun, Azwan yang mula berkecimpung dalam bidang pengacaraan sejak 1988 mengingatkan semua pengacara, sama ada baharu atau lama, hormatlah industri seni tanah air yang tidaklah sebesar mana.
“Saya tiada masa untuk berdendam dan ambil hati. Dunia hiburan kita terlalu kecil. Bagi saya, sindir-menyindir dalam program secara langsung tidak patut berlaku.
“Nasihat saya cuma satu , bukan sahaja kepada Nabil bahkan kepada pengacara lain, sila berhati-hati ketika program secara langsung sedang disiarkan.
“Saya takut sebab isu remeh seperti itu menjadi perdebatan besar dalam kalangan peminat sehingga boleh memusnahkan kerjaya seseorang artis dalam sekelip mata,” ujar Azwan.
Pesan Azwan juga kepada peminat: “Tidak usah besarkan isu-isu begini. Saya pun penat ingin melayan perkara ini. Kalau jumpa Nabil di luar pun, saya tetap akan senyum sahaja kepadanya.”
Semalam, Nabil Ahmad menerima kecaman hebat netizen gara-gara tindakannya memerli dan meniru gaya Azwan Ali yang kembali dalam bidang pengacaraan apabila muncul dalam program Lagu Cinta Kita musim kedua siaran TV3.
Tindakan Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad, 37, mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu disifatkan kurang ajar oleh netizen.
“Not my level, shut up! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” kata Nabil kepada juri tetap, Datuk Ramli MS dalam siaran langsung konsert minggu keenam GV7 itu. – K! ONLINE
‘Kejap Lagi Kena La Tu’ Nabil Berani Perli Diva AA, Sekali Azwan Ali Komen..Amekaw..Kan Dah Dapat…