MP Gerik, Hasbullah Osman meninggal dunia

Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman meninggal dunia di Raub, Pahang petang ini, lapor Bernama.

Menurut agensi itu yang memetik Adun Temengor, pemimpin Umno yang berusia 63 tahun itu meninggal dunia kerana sakit jantung.

Hasbullah, adalah bekas setiausaha politik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dilantik sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd.

Pada pilihan raya umum 2018, dia mengalahkan calon PAS dan Bersatu dengan majoriti 5,528 undi.

Al-Fatihah (dgn bacaan)

Dengan rasa berat hati Saya memaklumkan YB Dato Hj Hasbullah B Osman, Ketua UMNO Bahagian Gerik /Ahli Parlimen Gerik telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga kita bersabar, jgn terkejut dgn berita sedih ini, dan Sama2 kita doakan Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Utk makluman jenazah masih berada di Hospital Raub Pahang.sebarang perkembangan akn dimaklumkan kemudian.

SUbhg.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker