“Masak, Cuci Kain Tugas Siapa?” – Isteri Terkejut Dengar Jawapan Suami Bila Tok Kadi Tanya
Dalam rumah tangga, sudah menjadi rutin bagi seorang isteri untuk menguruskan kerja rumah seperti memasak dan mengemas
Image via mStar
Namun baru-baru ini, perkongsian daripada seorang wanita telah tular di laman media sosial apabila dia mendedahkan bahawa tugas melakukan kerja rumah adalah sebenarnya tanggungjawab suami.
Menurut sumber, persoalan yang sering menimbulkan perbalahan ramai itu terjawab apabila wanita yang bernama Nurul Hidayah itu pergi mengambil sijil nikah bersama suaminya di pejabat tok kadi.
Pelik apabila tok kadi hanya memanggilnya masuk ke dalam pejabat tanpa suami
Nurul Hidayah memberitahu, semasa mereka mula-mula sampai di pejabat tok kadi, hanya dia seorang dipanggil masuk ke dalam pejabat dan suaminya diminta tunggu di luar.
“Maka saya pun dengan rasa pelik bin hairan, masuklah ke pejabat tok kadi tu. Dah kenapa nak saya masuk seorang diri pula?” katanya.
Namun Hidayah terkejut dengan soalan yang ditanya tok kadi tersebut sebaik saja dia masuk ke dalam pejabatnya.
“Soalan pertama tok kadi tu tanya, apa tugas isteri? Say jawab, patuh kepada suami, menyediakan keperluan suami. Soalan kedua, siapa yang kena buat kerja rumah? Saya dengan naifnya menjawab, isteri.
“Tok kadi tu tanya lagi, siapa yang kena masak? Siapa kena jaga anak? Saya masih jawab isteri. Kemudian, tok kadi tu tanya kenapa isteri? Saya diam kejap cari jawapan. Lepas tu saya jawab, sebab dari dulu selalu tengok mak yang buat semua tu. Tok kadi tu geleng kepala. Saya dah salah jawab ke?” soalnya.
Wanita itu terkejut apabila mendengar jawapan suaminya ketika ditanya soalan yang sama daripada tok kadi
Tidak lama kemudian, Nurul Hidayah memberitahu giliran suaminya pula dipanggil tok kadi itu.
Sejurus selepas suaminya masuk ke dalam pejabat, tok kadi bertanyakan soalan yang sama seperti diajukan kepadanya, tetapi Nurul Hidayah tidak sangka jawapan suaminya semua betul.
“Tok kadi tu tanya lagi, sepatutnya siapa yang kena buat semua kerja rumah? Suami saya jawab, ‘suami’. Masa ni saya gelak terus sebab ingatkan jawapan dia salah. Tetapi tok kadi tu anggukkan kepala sambil senyum.
“Bagus kalau kamu tahu tugas kamu dan dia serahkan sijil nikah kami tanpa soalan lain,” katanya lagi.
Dia kemudian diberitahu suaminya bahawa kerja rumah adalah tugas suami. Jika isteri yang buat, itu adalah ehsannya terhadap suami.
Image via Keluarga
Menurut suami Hidayah, para suami boleh beri arahan tetapi tak boleh marah jika isteri tak nak buat kerja rumah. Selalunya isteri akan buat tanpa disuruh kerana isteri tu dah diterapkan sejak dulu yang kerja rumah adalah tugas isteri, bukan suami.
“Dulu, isteri duduk di rumah, suami keluar bekerja. Dah tentulah isteri buat kerja rumah walaupun itu bukan kerjanya. Malu bila suami dilihat buat kerja rumah, takut nanti orang kata kita ni isteri yang control suami,” katanya.
Senang cerita, sebaiknya suami isteri kena saling membantu buat kerja rumah kerana itulah sebenarnya kunci kebahagiaan rumah tangga. Betul tak? 🙂
You must be logged in to post a comment.