Rayuan Amelia Henderson terhadap A Aida 24 Julai ini

Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A Aida menerusi syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd membabitkan kes saman pelanggaran kontrak.

Rayuan Amelia Henderson terhadap A Aida 24 Julai ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, menetapkan 24 Julai ini bagi pengurusan kes rayuan pelakon, Amelia Henderson yang diperintah membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd, membabitkan kes saman pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.

Perkara itu disahkan peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Amelia, 28, atau nama penuh, Amelia Thripura Henderson melalui prosiding yang dikendalikan dalam talian iaitu secara sistem ‘e-review’, semalam.



“Hari ini (semalam) cuma untuk dapatkan tarikh pengurusan kes baharu kerana alasan penghakiman belum siap.

“Tarikh seterusnya adalah pada 24 Julai ini,” katanya kepada BH Online.

Pada 18 April lalu, Wan Nurliyana mengesahkan Amelia memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Sesyen pada 7 April lalu memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A Aida atau nama sebenar, Datuk Zaidah Awang menerusi syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd selepas membenarkan tuntutan saman syarikat itu terhadap pelakon berdarah kacukan India-Scotland itu.



Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada Aida selaku plaintif.

Zulqarnain turut membenarkan permohonan Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagram (IG) @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah dalam tempoh tujuh hari bermula 7 April lalu.

Pada 28 Julai 2022, A Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama apabila pelakon wanita itu menarik diri pada saat akhir daripada penggambaran.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif dilaporkan mendakwa Amelia menerima bayaran pertama sebanyak RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan drama berkenaan.



Bagaimanapun, plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan untuk menarik diri walaupun ada rundingan antara kedua pihak sebelum notis penamatan kontrak diberi kepada Amelia. BH

Rayuan Amelia Henderson terhadap A Aida 24 Julai ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker