i-Sinar: Skop pengeluaran Akaun 1 KWSP diperluas, manfaatkan 2 juta ahli terkesan akibat COVID-19

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Ia bakal melibatkan dua juta ahli yang layak dengan sejumlah RM14 bilion disediakan.

Menurut KWSP dalam satu kenyataan pada Isnin, langkah berkenaan dibuat bagi memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020.

“Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.

“Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” katanya. Awani

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan..

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker