Baru Tiga Hari Kenal Di WhatsApp, Pasangan Remaja Ini Dicekup Berkhalwat Sewa Bilik RM50

Hari ini, tular di laman media sosial apabila seorang remaja perempuan berani mengikut lelaki yang baru dikenalinya ke sebuah bilik sewa

Menurut sumber, remaja perempuan tingkatan satu tersebut memberi alasan kepada ibunya hendak keluar sebentar sebelum mengikut lelaki yang dikenali melalui WhatsApp selepas diperkenalkan oleh rakannya.

Bilik yang agak sempit dan padat itu dipercayai disewa pada harga RM50 semalam oleh salah seorang lelaki.

Ketika serbuan itu, polis menahan remaja perempuan tersebut dan enam lagi individu lain, termasuk dua remaja perempuan, masing-masing berusia 15 dan 18 tahun, serta empat lelaki berusia antara 14 hingga 21 tahun.

Image from Harian Metro

Image via Harian Metro

7 daripada remaja tersebut didapati positif dadah

Selain itu, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) turut menyertai operasi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif ketamin dan methampetamine.

“Mereka yang didapati positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun, dua pasangan lagi disiasat kerana melanggar PKPB dan diserahkan kepada penguat kuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat,” katanya.

Terdahulu, dua pasangan remaja turut dicekup berkhalwat oleh pihak JAIK semalam di bilik sewa berasingan di Jalan Langgar

Image from Harian Metro

Image via Harian Metro

Pasangan berusia 18 dan 19 tahun terbabit gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri.

Lebih mengejutkan, salah seorang remaja perempuan itu berkata alasan mereka menyewa sebilik adalah kerana tidak mempunyai surat kebenaran pulang ke rumah di Jitra disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. – HM / Seismik

Isteri orang dicekup khalwat dengan duda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker