Hikayat sang pembaris – Najib Sindir Wartawan Sinar
Najib Tun Razak ketawa melihat sebahagian media tempatan yang memuat berita mengenai beliau tidak mahu mengkritik Shafie kerana kemungkinan Shafie akan bergabung dengan kerajaan.
Ini berikutan beliau memuat naik status dibawah ini di laman facebooknya.
Shafie langsung tak menyesal mengadakan PRN Sabah daripada mengembali kembali kuasa sebagaimana dia rampas kuasa walaupun ianya telah menyumbang kepada tercetusnya gelombang ketiga Covid di seluruh Sabah dan Malaysia.
Dia tetap sanggup mati. Dia kata biarkan dia mati dalam gelanggang politk walaupun akhirnya parti dia kalah juga dan ramai yang mati akibat Covid.
Tapi saya pun tak nak terlebih kritik Shafie sebab terbaca berita pagi ini bahawa kononnya ada kemungkinan kita akan bersama dia dan Atok dalam gabungan politik yang sama.
Ternyata beliau sebenarnya secara sinis berkata seperti itu kerana ada pemimpin kerajaan yang mengumumkan akan ada satu gabungan besar yang bakal diadakan oleh kerajaan.
Pemimpin tersebut juga ada menyatakan lebih sedozen parti.
Tak nak kritik Shafie lebih, dia dah nak bergabung – Sindir Najib