Alumni UITM DAP Lupa Diri?

 

Heboh seketika bila nama “Alumni UiTM” sedang dijaja dengan hangatnya oleh empat anak muda Melayu dari DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kepada DAP.

Empat mereka ialah Farhan Haziq, Nur Rahim Nasir, Aslam Ramli dan Ahmad Afiq selaku Alumni UiTM Shah Alam, UiTM Raub, UiTM Melaka dan UiTM Negeri Sembilan.

Dua soalan yang mereka akan jawab adalah “Adakah benar UiTM akan “terancam” jika DAP berkuasa? Dan adakah DAP sebuah parti yang sesuai untuk golongan Melayu?”

Begitupun, setakat pegang jawatan AJK DAP/DAPSY Cawangan/Bahagian seperti AJK DAP Kampung Tunku-SS1 dan Setiausaha DAPSY Damansara tak usah nak temberanglah.

Suara anak muda mahupun suara orang tua Melayu tak akan lakulah dalam DAP kerana suara yang akan laku dalam DAP adalah suara mereka yang pegang jawatan sebagai DAP Pusat.

Alumni MRSM gesa tindakan terhadap guru susulan kenyataan isu rogol

Berapa keratkah golongan Melayu seperti kamu yang dipilih atau dilantik ke DAP Pusat dan tidakkah hanya ada seorang sahaja Melayu asli dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP?

Dan kalau nak tahu pendirian DAP mengenai UITM tidak perlu pun dirujuk kepada kamu kerana kenyataan sedemikian sudah dibuat secara konsisten oleh pimpinan DAP Pusat sebelum ini.

Tahukah kamu apa kata-kata Lim Kit Siang sebaik sahaja Rang Undang-Undang ITM dibuka untuk dibahaskan selepas dibentangkan di dalam sidang Parlimen pada 14 April 1976?

Ucapan Lim Kit Siang waktu itu ialah supaya “pihak kerajaan mesti memperhatikan mengenai pembukaan ITM kepada semua pelajar-pelajar tidak kira kaum ada peluang belajar”.

Agenda membuka UITM kepada semua kaum ini terus segar dalam DAP, termasuk melalui suara Lim Kit Siang (3 Jun 2002), Karpal Singh (13 Ogos 2008) dan M Kulasegaran (1 Oktober 2013).

7 Koleksi Kisah Seram UiTM Ini Pasti Buat Korang Tak Tidur Malam

Maka apakah lagi yang akan mampu kamu semua anak muda Melayu dari DAP katakan mengenai masa depan UiTM jika DAP berkuasa selain mengulangi skrip pemimpin DAP ini?
Kamu perlu ingat bukan sesaja Seksyen 19A (2) Akta UITM menyebut bahawa Canselor UITM hendaklah Yang di-Pertuan Agong (“The Chancellor shall be the Yang di-Pertuan Agong”).

Kamu juga perlu ingat Seksyen 1A Akta UITM menyebut bahawa UiTM ditubuhkan selaras dengan dan berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Di dalam Bahasa Inggerisnya, Seksyen 1A Akta UITM menyebut “The UITM is established pursuant to and in accordance with the provisions of Article 153 of the Federal Constitution”.

Dan jika kamu sudah lupa, Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu…”

Dan kamu juga perlu sedar betapa kecilnya suara kamu yang hanya seramai empat orang bila dibandingkan dengan jumlah kesemua Alumni UiTM yang seramai kira-kira 800,000 orang.

Semoga Alumni UiTM sebenar yang tidak lupa diri, yang sedar asal usul mereka dan yang ingat jasa besar UiTM kepada mereka akan bangkit beramai-ramai melawan Alumni UiTM DAP.

Dr. Kamarul Yusoff

https://mykmu.net/2017/12/05/uitm-dan-slow-learner/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker