7 Koleksi Kisah Seram UiTM Ini Pasti Buat Korang Tak Tidur Malam

Sebelum anda scroll ke bawah, tolong kuatkan semangat dan kalau anda sedang baca artikel ini berseorangan, hati-hati.

1. Lif Menara UiTM

Menurut sumber, kisah lif berhantu ini berlaku di Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM Shah Alam, berdekatan autoteller BCB bank. Dengar cerita, kisah ni banyak berlaku semenjak UiTM siap dibina hinggalah sekarang.

Perkongsian ini adalah daripada Himpunan Cerita2 Seram Universiti di Facebook. Ceritanya macam ni:

Ada lecturer aku cerita masa tu dia naik lif ni dengan kawan dia nak pergi tingkat 6. Apabila lif tu bergerak, lif tu terus pergi ke tingkat xxx (aku tak nak beritahu tingkat berapa nanti korang seram sejuk dibuatnya). Lif tu terus ketingkat xxx dimana kat tingkat tu tak ada orang kat luar lif, ruang tu dikosongkan oleh pihak UiTM atas sebab tertentu yang tak diketahui kisahnya.

Tingkat xxx tu gelap, lecturer aku konfius sebab kenapa lif tu berhenti kat tingkat xxx sbb tak ada orang pun nak masuk, yang nampak hanya ruang kosong yang gelap gelita.

Dipendekkan cerita, lif tu turun naik berulang kali dari tingkat paling bawah (tingkat 2) ke tingkat xxx. Yang peliknya, kenapa tak berhenti kat tingkat 6 sedangkan lecturer aku dah tekan butang tingkat 6. Lif tu turun naik sebanyak 10 kali sampai lecturer aku dengan member dia panik sebab time tu diorang dah dapat agak apa yang berlaku sebenarnya…

Akhirnya selepas 10 kali turun naik, lif tu berhenti juga kat tingkat 6. Banyak dah kisah pelik kat lif tu. Ada student cerita dia pernah naik sama-sama dengan perempuan yang ‘pelik’. Perempuan tu turun kat tingkat xxx yang gelap dan tak ada laluan lain disitu. Soalan kat sini, siapa perempuan tu?

Ada lagi satu kes, student perempuan kena histeria semasa tengah naik lif tu sorang-sorang. Akhirnya dia ditemui sedang meracau dalam lif bila lif tu turun ke tingkat bawah dimana ramai warga UiTM sedang menunggu nak naik lif tu.

2. Melati

Melati ni dikatakan memang popular dalam kalangan pelajar UiTM Sabah. Dia masih lagi menjadi penghuni tetap di kawasan asrama dekat sana.

Menurut sumber, tapak UiTM Sabah ni adalah kawasan perkampungan jin suatu ketika dulu. Pihak UiTM telah membuat satu perjanjian dengan jin di sana. UiTM boleh dibina di tapak tersebut dengan 3 syarat yang mesti dipatuhi dan tidak boleh dilanggar. Senang cerita, 3 syarat ni adalah dilarang buat di kawasan kampus. Kalau tidak, penghuni UiTM akan dapat balasan.

Macam mana kisah Melati ini wujud? Baca perkongsian di bawah:

Menurut senior-senior yang terdahulu, Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap, Melati potong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari supaya tidak diketahui oleh sesiapa. Macam-macam versi diceritakan tentang cara Melati ni bunuh diri. Tapi realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang mengganggu setiap pelajar di asrama UiTM Sabah.

Selalunya, ’dia’ ini akan mengacau bila exam dah nak dekat. Dulu, pelajar perempuan pernah tinggal di blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku banyak kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D, E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C.

Lepas tu, setiap tandas di blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dicabut oleh pihak asrama. Menurut mereka, ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali, mereka tidak menemui seorang perempuan pun.

Jadi, kita cuma akan nampak Melati melalui cermin. Ada cermin atau tak, ’dia’ tetap ada kat situ.

3. Tasik Tun Fatimah

Siapa je yang tak tahu Tasik Tun Fatimah kan? Port paling famous dalam kalangan student dekat UiTM Lendu, Melaka.

Macam-macam kisah yang berlaku dekat tasik ni. Salah satunya adalah cerita yang akan dikongsikan di bawah daripada seorang bekas pelajar yang bernama Pika.

Benda ni berlaku sewaktu diploma kami di UiTM Lendu. Kebiasaannya pada cuti weekend kami akan keluar ke bandar. Tak kisah la tengok wayang ke, makan-makan ke. Saja isi masa lapang. Tapi kami hanya akan sewa kereta di kawasan Kelemak (berhampiran Lendu) dengan seorang pakcik yg memang dia offer rent car service.

Pada suatu malam, seperti biasa kami pulangkan kereta sewa di rumah pakcik itu. Nak dijadikan cerita waktu tu memang sunyi sangat dan saya cuma menyewa berdua. So termasuk pakcik tu ada tiga orang dalam kereta. Perjalanan dari kelemak ke lendu ambil masa lebih kurang 10 minit. Pakcik tu memañg peramah. Dalam kereta dok tanya itu ini. Kitorang memang layan je sebab dh kenal. Tiba-tiba pakcik tu cakap

“kenapa kawan awak yang belakang tu senyap ja dari tadi?” dan aku pun “Gulp, sapa pulak dia nampak ni”. Aku tanya “siapa pakcik?”

Then pakcik tu jawab “tu sebelah kamu. Dok senyap ja dari tadi. Tak suka ke pakcik bercakap je. Eh dia tunduk pula”.

Aku memang dah rasa lain macam. Kat belakang ni macam nak nangis dah jantung memang laju habis dengan rasa meremang sebab mmg sunyi dan ada satu kereta je. Kawan aku kat depan dah macam batu sebab dia cakap dia rasa something. Dalam hati aku dah pikir perghh nak menapak lagi dari gate sampai hostel kena lalu Tasik Tun Fatimah tu. Tasik ni pulak memang popular dengan ceritanya tersendiri.

Pakcik siap pesan lepas drop off, “kawan kamu tu ok tak” aku diam je cakap terima kasih. Then nak tak nak memang kena redah bangunan lama UiTM, tasik, masjid sampai la hostel aku Tun Senaja.

Kaki memang dah jalan laju habis. Sebelum sampai jambatan kat tasik tu, kiteorg kena pass by satu pokok kabu yg tinggi. Aku memang tak pandang tapi aku tahu pokok tu wujud kat situ. Then aku dengan member jalan laju-laju. Pastu tahu apa aku dengar? Aku dengar entah dari mana suara lembut sahut nama aku dengan kawan aku berulang-ulang.

Aku nak lari tapi takut sampai tak tau nak buat apa. Kawan aku pun jalan laju semacam sebab aku assume dia pun dengar benda yg sama. Sampai aku tegur member tu “takda apa takda apa”.

Sampai je bilik berpeluh-peluh, mandi, solat dan tidur. Aku cerita kat member aku besoknya sebab terlalu takut. Pengajarannya, jangan keluar sampai lewat malam nanti ada yg ikut balik.

4. Misteri UiTM Puncak Alam

UiTM Puncak Alam juga terkenal dengan kisah seramnya yang tersendiri. Kisah yang bakal dikongsikan ini pasti buat bulu roma anda naik. Baca cerita daripada Hani di bawah:

Cerita dia start bila aku mula-mula daftar kolej nak masuk sem 3. Sebab kawan serumah daftar lambat, last sekali kami dapat rumah kat tingkat atas sekali, tingkat 9. Tingkat 9 hanya ada 5 rumah and rumah yang diduduki hanya rumah kami. Scary.

Satu hari tu aku balik kolej lewat malam dah sebab keluar beli barang. Pukul 1 pagi lebih kurang. Memang sunyi sepi kawasan kolej. Hanya ada beberapa lampu bilik je yang terbukak sebab awal sem kan, siapa je rajin nak stay up.

Waktu kaki nak masuk lif tu aku macam teragak-agak. Aku fikir waktu tu nak naik tangga je tapi tingkat 9, tinggi sangat. Tingkat satu, dua pastu tingkat tiga. Lif berhenti kat tingkat tiga. Aku dah lega dah sebab ada yang naik maybe tapi kau tahu siapa tunggu nak naik? Perempuan pegang buku lusuh berdebu kat tangan dia.

Dengan pucat muka dia tu. Actually aku memang boleh nampak makhluk halus ni. Cuma setelah sekian lama tak pernah nampak sejak nenek aku tutup hijab aku yang terbuka, ni lah first time aku nampak balik. Aku dapat rasa badan aku sejuk gila.

Menggeletar seluruh badan tapi benda ni kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita. So aku berdiri kat penjuru lif tu. Benda tu pulak kat depan. Aku memang nak nangis waktu tu sebab dia tak tekan lif. Aku fikir time tu, camne aku nak turun tingkat 9 nanti sebab dia halang aku.

Sampai je tingkat 9, dia keluar heret kaki dia. Aku dah siap nak pecut masuk rumah dah lepas je keluar lif tapi guess what, dia berdiri depan rumah aku before lesap. Aku punyalah tak tau nak buat apa terus call housemate aku suruh bukak pintu.Takut macam mana sekalipun aku tutup je mulut walaupun diorang tanya kenapa muka aku pucat semacam.

Buat sesiapa yang stay kat Palam, jaga diri. Jangan bising sangat. Tambah- tambah yang stay kat tingkat 9 tu yer. Kisah ni tak lama sangat tau. Tak kisah korang blok Rafflesia, Angsana, Dahlia or Casuarina. Please jaga hubungan dengan Allah.

5. Mak Cik Kerepek Kolej Senaja

Kolej Senaja ini berada di UiTM Lendu, Melaka. Korang mesti pernah dengar kisah ‘Mak Cik Karipap’ kan? Tapi kali ini berkisahkan tentang ‘Mak Cik Kerepek’ pula.

Cerita ini daripada senior UiTM Lendu yang kini bekerja sebagai Grab driver. Ceritanya macam ni:

Masa tu, setiap bilik ada empat orang penghuni. Lepastu masa senior ni on the way nak tidur, tiba-tiba ada orang ketuk tingkap dan cakap,

“Nak, beli lah nak. Beli lah kerepek ni.”

Sedangkan bilik dia dekat tingkat empat. Macam mana mak cik kerepek tu boleh ketuk tingkap jual kerepek pulak?

Lepas tu dia buat tak tahu, tapi suara mak cik tu makin kuat. Senior ni takut sangat, dia pun turun dekat katil member dia. Selepas mak cik kerepek keep on ketuk-ketuk tingkap, akhirnya satu bilik dengar suara dia.

Sampai sekarang, misteri mak cik kerepek masih belum selesai dan semua orang tak tahu siapa sebenarnya mak cik kerepek tersebut.

6. Perempuan ketawa dalam tandas

Pengalaman seram ini dikongsi oleh seorang pelajar lelaki UiTM Segamat, Johor. Amaran, jangan ke tandas sorang-sorang kalau iman tak kuat ya. Cerita daripada pelajar bernama Khairul ini boleh tahan seramnya. Baca perkongsian penuh di bawah:

Aku merupakan pelajar lelaki yang menetap di kolej perempuan kerana kolej lelaki untuk kami duduki sedang menjalani penambahbaikan perabot. Jadi kolej Itu dijadikan tempat menetap sementara buat kami pelajar lelaki.

Alkisah, pada malam itu memang biasanya aku tiada masalah pergi dan keluar ke tandas walaupun pada awal pagi ataupun lewat malam. Aku duduk di bilik bernombor 107B berhadapan dengan tandas. Tandasnya cantik bersih ye la tandas perempuan kan. Berbanding dengan tandas lelaki yang serba kekurangan seperti pintu yang tiada penyendal dan macam-macam lagi.

Aku pun tutup pintu tandas yang aku gunakan dan membuang hajat. Ketika aku membuang hajat aku terdengar bunyi yang pelik, ya suara wanita ketawa. Omg meremang kot dah sorang-sorang kat tandas perempuan tengah malam pulak tu.

Rasa macam nak ulang balik masa tak nak pergi tandas sorang-sorang. Aku pun berfikir sejenak tadi di tandas hujung memang macam ada bunyi sikit. Tak tau la apa kat situ. Aku fikir rakanku yang permainkan aku. Makin lama suara ketawa tu makin mengilai- ngilai. Rasa macam nak pengsan.

Aku pun dengan tak sempat bukak air terus lari lintang pukang masuk bilik aku di depan tandas. Aku buka pintu tandas aku pastu lari macam Husain Bolt tak tengok kiri kanan sebab aku tau kalau aku tengok mesti ada yang lagi takut kan aku. Memang aku perasan macam ada benda perhatikan aku tapi aku buat dek je lari beberapa langkah terus ke bilik, mana tak nya ketawanya mula-mula biasa merdu lepastu berhenti kejap lepas tu amik kau mengilai gila-gila kuat satu tandas tu.

Sejak dari hari itu, aku dah fobia nak pergi tandas sorang-sorang. Nak masuk je aku fikir dua tiga kali.

7. Kolej Serapi Blok 3A

Kisah seram terakhir ini berlaku di UiTM Samarahan, Sarawak. Hati-hati kalau korang terdengar suara budak-budak bising dekat level atas, takut itu bukan suara orang.

Pengalaman seram ini dikongsi oleh Ely, pelajar di Kolej Serapi Blok 3A. Ceritanya begini:

Waktu itu adalah hujung semester. Aku budak SportRec. SportRec dan final exam memang suka habis lambat. Tapi aku beruntung sebab roommates aku mostly budak Sarawak, jadinya mereka stay sampai hari last aku dekat UiTM.

Ada satu malam, level atas bising gila. Aku tak tahulah diorang buat farewell party ke macam mana, tapi memang riuh lah. Aku pun dengan selamba sound orang atas melalui tingkap, “Oii korang, seronok nampak! Tahulah final exam dah habis”.

Lepas aku sound dorang, budak-budak level atas dah tak bising lagi. Maka, aku pun boleh tengok movie dengan aman. Keesokan hari, semasa aku nak keluar dari bilik nak menuju ke toilet, aku bertembung dengan budak-budak level atas. Pintu bilik aku mengadap dengan entrance, so boleh nampak siapa naik turun tangga.

Aku tanya, “Korang nak pergi mana pagi-pagi buta ni?”

Diorang jawab, “Kita orang baru balik overnight dekat Kuching. Kenapa?”.

Muka aku berubah. Terus aku masuk semula dalam bilik dan ceritakan kisah malam tadi dekat roommate aku. “Berani gila kau tegur malam-malam. Mujur bilik kita tak kena kacau”.

Jadi, siapa yang Ely tegur malam tu? Korang fikirlah sendiri.

Semasa keluar ambil anak, Zila Bakarin rasa macam bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker