Vaksin 90% berkesan

Washington: New York berusaha membendung gelombang kedua jangkitan Covid-19 menerusi larangan baharu terhadap bar dan restoran, semalam, manakala Donald Trump menegaskan rakyat pertama Amerika Syarikat (AS) akan menerima vaksin dalam masa beberapa minggu.

Dalam ucapan pertamanya kepada umum sejak diumumkan tewas pemilihan Presiden AS pada 3 November lalu, Presiden AS itu kerap menyuarakan mengenai usaha perubatan di bawah pemerhatiannya dan pada masa sama, menentang larangan terhadap bar dan restoran itu.

Dia menjangkakan vaksin Covid-19 dibangunkan Pfizer dan BioNTech serta dinyatakan berkesan sehingga 90 peratus dalam percubaan sebelum ini, akan memperoleh kelulusan kecemasan dalam masa terdekat.



“Vaksin itu akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan, orang tua dan rakyat AS berisiko tinggi dalam masa beberapa minggu,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih, sambil menyatakan ia akan diberikan kepada populasi umum seawal April ini.

Jumlah kes Covid-19 melonjak di seluruh Amerika dan Eropah sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik di sebalik kebimbangan tindakan itu akan menjejaskan sektor ekonomi.

Wabak itu mengorbankan hampir 1.3 juta mangsa di seluruh dunia dan menjangkiti hampir 53 juta individu sejak mula dikesan di China pada Disember lalu.

Di New York, Gabenor Andrew Cuomo mengarahkan semua premis berlesen menjual alkohol ditutup pada 10 malam.

Manakala Datuk Bandar New York, Bill de Blasio memberi amaran dia mungkin mengikut langkah bandar besar lain di AS termasuk pembelajaran dalam talian seawal Isnin ini, berikutan jangkitan harian melonjak kepada tiga peratus berbanding sekitar satu peratus sejak beberapa bulan lalu-HM



Saintis China yakin 99 peratus vaksin keluarannya berkesan rawat COVID-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker