SilTerra – Habuan Komisen Jual Aset Negara Masuk ke Poket Siapa?

SILTERRA –  SIAPA BAKAL PEMILIKNYA, AZMIN PENENTUNYA

Di dalam 3 artikel terdahulu, kita telah mengetahui mengapa Syarikat SilTerra milik Khazanah sepenuhnya perlu dijual. Kita juga dimaklumkan Khazanah telah berminat untuk mencari pembeli saham mereka sejak 2008 di zaman PM ke4, dan penentang utama mereka datang dari pihak DAP.

SilTerra adalah satu-satunya syarikat semikondutor bertaraf dunia milik negara tetapi telah mengalami kerugian berbilion ringgit bukan kerana tiada kapasiti kepakaran dalam industri ini, SilTerra berhadapan dengan kepincangan pengurusan kewangan.

Di zaman pentadbiran PH, sememangnya agak pelik apabila Mahathir sebagai PM ke7, berkeras melibatkan SilTerra dalam projek kereta nasional ke3. Apakah SilTerra telah tiba-tiba membuat keuntungan di zaman PH?

SilTerra

Kini di zaman PN pula, sekali lagi desas-desus menjual peganganan saham Khazanah di dalam SilTerra timbul semula dan ia semakin rancak diperbincangkan oleh pemain industri sepertimana dilaporkan oleh media-media tempatan. Namun, PN hampir pasti menjual SilTerra dan persoalannya, kepada syarikat tempatan atau pelabur asing?

Media-media tempatan juga sedang rancak melaporkan Khazanah telah memohon kepada MITI membuat pindaan syarat pegangan saham majoriti pelabur asing di dalam GLC (syarikat milik kerajaan). Ironinya, ini hanya dilakukan setelah 2 syarikat luar negara telah menunjukkan minat membeli pegangan saham Khazanah di
dalam SilTerra dan Khazanah telah melanjutkan tarikh tamat tempoh pembidaan.

SilTerra

Syarikat luar itu dari Taiwan dan German. Kedua-dua syarikat ini juga dikatakan telah menawarkan sejumlah wang yang sangat besar berbanding 2 syarikat tempatan. Apakah kerana kekangan kewangan negara, maka kerajaan PN sanggup menyerahkan penguasaan asing dalam SilTerra kepada 2 syarikat luar negara? Di manakah semangat nasionalisme kerajaan PN ini?

Muhyiddin dan Azmin adalah lembaga pengarah Khazanah dan Azmin adalah menteri MITI. Dalam pengetahuan politik tanahair, apa saja yang datangnya dari Taiwan, itu adalah keutamaan pihak DAP. Maka tidak hairan di zaman PN ini, DAP tidak langsung menyentuh apatah lagi menyerang penjualan SilTerra walaupun ia masih dalam proses pembidaan sepertimana yang mereka pernah lakukan di zaman pemerintahan BN di bawah DS Najib.

Lebih penting lagi, dengan mengenepikan syarat-syarat asal pemilikan majoriti saham milik negara di dalam SilTerra, apakah ini satu permulaan untuk negara asing menakluk semula ekonomi negara selepas penjajahan British?

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=3CCTJPKjVGM[/embedyt]

Peringatan video ini adalah untuk pengetahuan kita semua dan rakyat Malaysia serta ahli-ahli parlimen perlu menentang penjualan SilTerra kepada pihak-pihak yang mendahulukan kerakusan dan mengenepikan kepentingan nasional. Segalanya terpulang kepada Menteri Miti, Azmin Ali.

SilTerra – Khazanah Bakal Jual Kepentingan Dipengaruhi Campurtangan Tertentu?

SilTerra – Azmin, Guan Eng Dan Mahathir ‘Terciduk’ Dengan Cadangan Kereta Nasional 3.0

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker