Kisah Benar: Pakcik Penjual Sayur Terkedu Dikompaun Seribu Sebab Tak Pakai Pelitup Muka

Perkongsian ini diambil dari Facebook bernama Jeroong Wia tentang seorang pakcik yang juga penjual sayur didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka.

Menurut Jeroong Wia ia adalah kisah benar yang berlaku pada hampir 2 minggu yang lepas dari tarikh 8 Nov 2020.

“Antara ikuti peraturan dan budi pekerti, aku memilih untuk berbudi pekerti.”

Jam 10 pagi, aku bergegas ke pasar Chabang 3 di Pengkalan Chepa untuk mencari barang basah bagi jualan Food Truck pada malam hari.



Setibanya di pasar, aku melihat ada beberapa orang polis sedang menahan seorang pakcik tua yang menaiki motor yang agak usang seperti baru sahaja keluar dari pasar. Pakcik itu kelihatan seperti seorang pembekal/ penjual sayur di pasar tersebut.

Sewaktu aku menghampiri, kedengaran polis yang berumur separuh dari pakcik tersebut seperti membentak atau bercakap dengan nada tinggi kepada pakcik berkenaan.

Rupanya ianya tentang pemakaian mask muka dimana pakcik tersebut tidak memakai mask sewaktu datang ke pasar.

Tanpa hiraukan perbezaan darjat usia dan juga tanpa hati budi, pakcik tersebut menerima saman akibat dari tidak memakai topeng muka yang beranggaran RM1,000.



Kelihatan muka pakcik tersebut sangatlah sedih selepas menerima saman tersebut.

Selesai tugasan pembelian barang basah, aku terus masuk ke dalam van dan terpandang pakcik tersebut masih di situ dengan wajah yang amatlah sugul seperti memikirkan dimana harus ianya mencari wang sebanyak RM1,000 untuk membayar saman tersebut.

Keuntungan harian dari menjual sayur-sayurannya pon aku rasa mungkin tidak lebih dari RM50 dengan jumlah sayurnya yang aku nampak tadi.

Benar. Kita harus ikuti peraturan. Tetapi peraturan semua ini buatan manusia, dan harus diingatkan tiada yang sempurna apabila ianya dari manusia.



Cerita si ayah redah hutan cari sumber makanan, namun akhirnya ditangkap

Aku ada terbaca dalam socmed di Sabah sana dimana pkp berlangsung, peraturan mengatakan jangan keluar rumah, duduk dalam rumah sahaja.

Dan ada beberapa video di dalam socmed kelihatan seperti melawan peraturan tersebut dengan keluar rumah pergi ke hutan mencari hasil makan, tetapi ditangkap seperti seorang penjenayah besar.

Sang ayah manakah yang mampu melihat si anak kecil merintih menangis berterusan mengharapkan susu dimana bekalan susu dan dapur sudah habis apabila si ayah tidak dapat keluar bekerja akibat dari peraturan.



Pernahkah anda berfikir sendirian jika anda sendiri berada pada keadaan pakcik dan juga si ayah itu. Adakah anda akan berpeluk tubuh sahaja dengan mengikut peraturan apabila dapur tidak berasap dengan anak-anak mengadu kelaparan?

Mati itu pasti. Lebih baik mati mencuba dari mati mengharap.

Tujuan saya menulis ini adalah bukan sama sekali untuk mengajak orang melanggar peraturan, tetapi untuk memberi peringatan kepada yang membuat peraturan. Apabila hendak dibuat sesuatu yang melibatkan orang awam, fikirkan dari semua aspek.

Cuba letakkan diri kita pada keadaan mereka. Sama juga seperti pakcik tadi. Benar pakcik itu salah dengan tidak memakai topeng muka, tetapi dimana hati budi kita?



Andainya pakcik berkenaan ayah korang, dan keadaan keluarga anda mengharapkan 100% dari pencarian rezeki ayah dengan menjual sayur di pasar, apakah perasaannya.

Sumpah aku sangat terkesan melihat muka pakcik tersebut yang sangatlah sedih. RM1,000 ini mungkin kecik buat korang yang kehidupan sempurna, tetapi pada yang kurang mampu, ianya akan menjadi satu beban yang tersangatlah besar.

Ada benda kita boleh jalan lurus mengikut jalan yang dibuat, tetapi bukan semua jalan lurus itu tiada lubang. Itulah mengapa dalam hidup ini perlunya ada sifat-sifat toleransi.

Dan negeri Kelantan terkini kes COVlD masih dalam keadaan terkawal jadi tidak perlulah sampai menggunakan satu ksalahan itu terus disaman tanpa biacara. Mungkin sekdar teguran sudah memadai.



Dan perihal menghendak dengan nada tinggi kepada sorang warga emas yang hampir sebaya dengan ayah kita itu aku sangat tidak boleh terima. Memang anda ada kuasa, tetapi dimanakah sifat hormati yang tua pada diri.

Bagitu-lah.

(Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku pada hampir 2 minggu yang lepas. Hanya sekarang aku mempunyai sedikit masa untuk nukilkan kembali kisah ini disini.)

Sumber: FB Jeroong Wia

“Bapa OKU, anak pula curi kerusi roda bapa..” – Uncle Kentang Sebak [ VIDEO ]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker