‘Gaji penjawat awam boleh dibayar walau Dewan Rakyat tolak belanjawan’

Gaji penjawat awam masih boleh dibayar walaupun jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Bercakap dalam program Jom Channel semalam, Haniff berkata ahli Parlimen bertanggungjawab untuk tidak menyokong belanjawan tersebut jika cadangan mereka tidak diterima, dan aspirasi pengundi tidak dipenuhi.

Jika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tewas dalam undian itu, katanya, ia bermakna dia tidak lagi memiliki sokongan di Dewan Rakyat.

Ia menyebabkan Yang di-Pertuan Agong perlu melantik perdana menteri dan Kabinet yang baru, yang perlu membentangkan belanjawan baru dengan segera, katanya.

Berdasarkan Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan, dia berkata kerajaan baru tersebut boleh membentangkan belanjawan untuk suku pertama sahaja, merangkumi hal-hal penting seperti pembayaran gaji dan dana untuk berdepan Covid-19.

Belanjawan penuh pula boleh dibentang kemudian, katanya lagi.

Kenyataan Zafrul tak dapat bayar gaji jika belanjawan gagal berbaur ugutan, kata Anwar

Menurut Perkara 102, jika dalam keadaan “yang luar biasa keterdesakannya”, Parlimen boleh membenarkan perbelanjaan bagi “sebahagian” tahun kewangan sehinggalah Rang Undang-undang Perbekalan diluluskan.

“Maka orang awam tak perlu anggap jika ahli Parlimen tidak menyokong belanjawan, jika cadangan mereka ditolak, yang mereka tidak mengutamakan negara,” katanya lagi.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi peringatan bahawa gaji penjawat awam, pekerja kesihatan dan agihan wang tunai akan tertangguh jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.

Hari ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan itu “berbaur ugutan” dan percubaan untuk mengenepikan “suara majoriti” ahli Parlimen.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Muhyiddin memiliki majoriti sokongan ahli Parlimen. Pada Julai lalu, dia membuktikan ada sokongan – paling banyak – 113 daripada 222 ahli Parlimen.

Papagomo mahu berentap dengan Rafizi pada PRU-15

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker