Akhirnya Tiong minta maaf kepada Noor Hisham

Dakwa KP Kesihatan ‘takut mati’: Ahli Parlimen Bintulu minta maaf

Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing tampil memohon maaf secara terbuka susulan ucapannya di Dewan Rakyat Rabu lalu.

Beliau antara lain mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah “takut mati” kerana tidak turun padang melawat hospital sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Tiong sekali lagi menjelaskan bahawa kenyataannya ketika perbahasan Belanjawan 2021 itu tidak mempunyai niatuntuk mempersoalkan komitmen petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk Noor Hisham.



“Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat yang lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata saya ketika perbahasan Belanjawan 2021.

“Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, frontliners, termasuk ketua pengarah kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Tiong berkata, niat asalnya adalah untuk menyuarakan kebimbangan rakyat supaya langkah lebih berkesan diambil dalam memerangi penularan wabak Covid-19.

“Saya hanya berniat untuk membahas soal Covid-19 yang membimbangkan rakyat supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.



“Saya tidak mahu oleh kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” katanya.

Rabu lalu, Dewan Rakyat kecoh selepas Tiong mendakwa Noor Hisham “takut mati” kerana tidak turun padang melawat hospital, sebaliknya meraih publisiti dengan mengadakan taklimat harian Covid-19.

Beliau mendakwa Noor Hisham tidak pergi ke hospital untuk memberi sokongan moral kepada kakitangan perubatan.

Katanya, keadaan Covid-19 di Sabah semakin teruk dan ketua pengarah kesihatan itu sepatutnya turun padang.



Kenyataan Tiong itu mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk wakil kerajaan dan pembangkang. FMT

Tiong yang kata, Umno juga dipersalahkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker