Saham Kerajaan Digunakan ‘Bail-Out’ Maminco, Mahathir Masih Menikus Bisu!
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar secara terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menjawab pendedahannya jika benar saham kerajaan diluluskan yang sepatutnya diberikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan bagi menyelamatkan (bailout) syarikat berkaitan timah negara, Maminco kira-kira 40 tahun lalu.
Ahli Parlimen Pekan itu pada masa sama mencabar veteran DAP, Lim Kit Siang menjawab dakwaannya itu.
Najib mendakwa, syarikat Maminco diwujudkan Dr Mahathir untuk memanipulasikan pasaran timah dunia namun rancangan itu gagal dan memakan diri sehingga telah menjahanamkan buat selama-lamanya seluruh industri timah negara.
Beliau menjelaskan, akibatnya, syarikat Maminco rugi teruk dan terpaksa dibail-out untuk membayar balik pinjaman bernilai RM660 juta atau bersamaan dengan nilai sekitar RM10 bilion sekarang.
Menurutnya, Dr Mahathir kemudiannya mewujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Makuwasa Securities Sdn Bhd, sebuah syarikat kosong untuk mengambil dan menjual saham-saham bumiputera yang telah diperuntukkan kepada KWSP bagi menyelamatkan Maminco.
“Tapi saham-saham milik kerajaan yang telah diluluskan dan sepatutnya diberi kepada KWSP telah digunakan PM4 (Dr Mahathir) untuk bail-out syarikat Maminco melalui syarikat Makuwasa.
“Hakikatnya, seluruh industri dan eksport utama negara dilumpuhkan buat selama-lamanya dan duit yang sepatutnya diberi kepada KWSP telah disalahgunakannya untuk bail-out.
“Cuba tanya dia (Dr Mahathir) atau Uncle Kit Siang jika ini benar. Ini cabaran terbuka Najib,Tengok dia berani nafi tak.” tulisnya di Facebook beliau, hari ini.
Najib memberitahu, jumlah saiz aset KWSP pada masa itu tak besar, cuma sekitar RM10 bilion masa itu berbanding RM940 bilion sekarang.
Katanya, pada awal 1980an semasa pentadbiran Dr Mahathir terutamanya masa dari 1981 hingga 1987 kadar faedah simpanan tetap yang dibayar bank adalah lebih tinggi daripada kadar dividen KWSP pada masa itu.
“Bermaksud ianya lebih bermanfaat masa itu untuk simpan wang dalam bank berbanding menabung dalam KWSP,” tambahnya.
You must be logged in to post a comment.