Moratorium : Kalau peminjam muflis bagaimana?
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Mohd Irwan Sergiar Abdullah melontar soalan jika para peminjam muflis apa akan jadi kepada bank-bank dan ekonomi negara.
Dalam hantaran ke twitter beliau berkata, moratorium bukan bermakna pinjaman tidak dibayar.
“Mana belajar kewangan dan ekonomi ini?” soal beliau.
Semalam, Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, membayangkan kemungkinan besar moratorium menyeluruh diperpanjang tidak akan berlaku.
Kata Gabenor Bank Negara moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatif.
Melihstkan kepada jawapan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, kemungkinan besar moratorium menyeluruh diperpanjang tidak akan berlaku.
Kata Gabenor Bank Negara moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatif. SM
You must be logged in to post a comment.