Mahathir digesa henti gagalkan usaha PH dapatkan semula kerajaan

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad digesa untuk menghentikan serangan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, serangan terbaharu Dr. Mahathir terhadap Anwar adalah tidak berasas.

Menurutnya, serangan Ahli Parlimen Langkawi itu terhadap Anwar adalah sebagai cubaan untuk mengkhianati serta menggagalkan usaha Pakatan Harapan mendapatkan semula kerajaan.

“Tun Dr. Mahathir perlu menghentikan tindakan-tindakan beliau yang kini dilihat sebagai langkah untuk memecah-belahkan PH serta menggagalkan usaha tersebut.

“Tun Dr. Mahathir sewajarnya bermuhasabah dan insaf bahawa punca segala ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara mutakhir ini berpunca dari tindakan beliau sendiri. SM

Nota : Pakatan Harapan perlu sedar Mahathir tidak pernah suka dengan Anwar dan Anwar pulak berkali-kali jadi bodoh kerana percaya dengan Mahathir.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker