Lelaki telan 250 paku

Jeddah: Pasukan perubatan di sebuah hospital di sini, mengeluarkan 250 paku dan sepihan kaca dari perut seorang lelaki yang mengalami masalah mental.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan, pemuda itu tiba di hospital dalam keadaan kritikal selepas mengalami sakit perut yang teruk.

Imbasan yang dilakukan menunjukkan sejumlah besar objek aneh berada di dalam perut pesakit berkenaan.

201113 Nails
Dia dikejarkan ke bilik pembedahan di mana paku dan kaca itu dikeluarkan.

Keadaan itu dilaporkan stabil, namun dia memerlukan rawatan psikiatri.

Tahun lalu kejadian sama menimpa seorang lelaki di India yang menelan 100 batang paku.

201113 nails

Dia yang turut mengalami masalah mental, menjalani pembedahan selepas dirujuk ke hospital.

Doktor berkata, lelaki itu bernasib baik kerana masih hidup dan paku itu tidak menembusi organ dalaman.-HM

‘Wanita jadian’ perdaya 40 lelaki

Kereta tanpa pemandu rempuh pintu kaca bank

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker