5 ditahan buat ancaman jenayah, provokasi terhadap anggota JPJ

Jitra: Polis menahan lima individu termasuk empat sekeluarga untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan ugutan jenayah, khianat dan kekerasan jenayah terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di hadapan sebuah pasar raya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada 6.15 petang selepas empat anggota penguat kuasa JPJ menahan van yang dinaiki mereka di hadapan sebuah pasar raya di Bandar Darulaman, di sini.

Beliau berkata, anggota JPJ terbabit dalam perjalanan dari Pekan Jitra menuju ke Kepala Batas.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan berusia 20-an itu enggan memberhentikan kenderaannya menyebabkan kenderaan JPJ mengekori sambil menggunakan siren.

Pasangan kekasih ditahan kes campak bayi dari tingkat 13 pangsapuri

“Kenderaan itu akhirnya berhenti di sebuah lagi pasar raya di kawasan Jitra dan disyaki melakukan kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insuran dan pemeriksaan Puspakom tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Ismail berkata, ketika itu seorang wanita berusia 45 tahun turun dari van dan membuat provokasi dengan mengatakan anggota penguat kuasa JPJ bersikap kurang ajar kerana menakutkan cucunya dengan membunyikan siren.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan dalam van itu mendapati terdapat dua penumpang lelaki dan dua wanita berusia 20-an hingga 45 tahun.

“Ketika hendak mengeluarkan saman, anggota JPJ terbabit menerima ancaman jenayah dan provokasi apabila salah seorang penumpang dalam van itu menolak salah seorang anggota bertugas, melontarkan kata-kata agak kasar.

Pengganas Alam Sekitar, Empat durjana pemilik kilang ditahan

“Dia turut menunjukkan sejumlah wang yang mengaibkan kredibiliti penjawat awam,” katanya.

Mohd Ismail berkata, ketika itu datang seorang lelaki berusia 40-an secara tiba-tiba dipercayai keluar dari premis berhampiran bersenjatakan sebilah parang ke arah anggota JPJ terbabit sambil mengancam dengan ugutan yang mengancam nyawa.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian menikam tayar hadapan sebelah kiri kenderaan milik JPJ menyebabkan pecah.

“Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu terhadap anggota JPJ berkenaan.

“Berikutan itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menahan tiga lelaki dan dua wanita disyaki terbabit dalam kes ini,” katanya.

Menurutnya, kesemua mereka direman tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad untuk membantu siasatan.

Segera Pinda Akta Pengangkutan Jalan, Dakwa ‘Kaki Mabuk’ Di Bawah Kanun Keseksaan – Razlan

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Saya menasihatkan masyarakat supaya memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada semua agensi penguatkuasa yang menjalankan tugas supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

“Polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan jenayah,” katanya.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker