Pengganas Alam Sekitar, Empat durjana pemilik kilang ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi bermula kira-kira 11 malam sehingga 12.30 tengah malam tadi.

“Tangkapan dibuat di kediaman mereka dan ada yang ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

“Kita akan buat permohonan reman pagi ini di Mahkamah Selayang untuk melakukan siasatan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik-beradik selepas bapa mereka meninggal dunia.

Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak Khamis lalu disita dan dikompaun serta-merta selain akan dikenakan tindakan lebih tegas.

Kilang jentera berat disyaki punca pencemaran Sungai Gong

Pencemar tanggung kos pembersihan sungai

Menurutnya, kilang berkenaan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.

Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang membabitkan hampir 1.2 juta akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis selepas empat LRA dihenti tugas ekoran insiden pencemaran bau berkenaan. – Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker