Hentam Anwar, AMK Selangor minta Mahathir bertaubat

KETUA Angkatan Muda Keadilan Selangor Mohd Najwan Halimi mengesa bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya bertaubat.

Dalam ciapan di Twitter, Najwan menyifatkan kenyataan terbaharu Dr. Mahathir terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dendam peribadi yang tidak ada kesudahan.

“Tengah-tengah Deepavali ni ada sahaja yang nak spoil dengan hasad dan dendam peribadi yang tak berkesudahan. Bawa-bawalah bertaubat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik itu.

Media hari ini melaporkan Dr. Mahathir yang menjadi perdana menteri sebanyak dua kali berkata, Anwar tidak layak memegang jawatan sebagai perdana menteri.



Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight yang diterbitkan hari ini, Dr. Mahathir berkata Anwar tidak mampu mengemudi negara jika krisis kewangan berlaku seperti yang terjadi pada 1997. Ketika itu Anwar menjadi timbalan perdana menteri. SM

Anwar telah diberi peluang, bila negara di saat krisis, Anwar gagal mentadbirnya – Mahathir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker