Dakwaan terima RM8.6 juta, PKN buat laporan polis terhadap Ketua Pemuda DAP Perak
Pertubuhan Penggerak Dasar Komuniti Negara Malaysia (PKN) pada Jumaat membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda DAP Perak, Steven Chaw berikutan dakwaan pertubuhan tersebut menerima dana sebanyak RM8.6 juta.
Pengerusinya, Nor Hizwan Ahmad dalam satu laporan polis memaklumkan tuduhan tersebut yang dilaporkan menerusi sebuah portal berita disifatkan satu fitnah dan pembohongan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
“Saya percaya bahawa fitnah dan penipuan yang serupa telah berlegar di banyak media sosial dan memburukkan reputasi kami selaku sebuah NGO yang banyak berurusan dengan komuniti B40 di seluruh negara.
“Tuduhan tidak berasas tersebut juga boleh dikategorikan sebagai laporan polis palsu. Saya mengesyaki parkara ini dilakukan susulan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen yang mengaitkan dana tersebut dengan NGO kami,” demikian katanya memetik laporan polis yang dibuat.
Jelas beliau lagi dalam laporan polis tersebut, tuduhan itu dijadikan modal oleh pihak pembangkang untuk memburukkan usaha pihaknya membantu masyarakat melalui NGO.
Terdahulu, Steven bersama pucuk pimpinan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak serta Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak membuat laporan polis berhubung dana RM8.6 Juta kepada pertubuhan tersebut.
Dakwa laporan tersebut, dana itu kemudian diagihkan kepada 11 orang ahli jawatankuasa, dengan set iap seorang menerima RM780,000. Awani
https://mykmu.net/2017/06/09/jawatan-dalam-pertubuhan-haram-pun-mahathir-nak-susun-juga/
You must be logged in to post a comment.