Tak tepat 30,000 PKS tutup kedai, kata Wan Junaidi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Wan Junaidi Tuanku Jaafar mempertikaian laporan mendakwa lebih 30,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ditutup sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan Mac lalu

Katanya, laporan itu yang merujuk jawapan bertulis di Parlimen daripada kementerian terbabit pada 5 Nov lalu tidak tepat.

Beliau berkata, dalam jawapan bertulis itu, statistik mengenai penutupan operasi dari Mac hingga September lalu bukan hanya merujuk PKS, tetapi semua syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat (SSM).

Menurut jawapan bertulis itu, statistik SSM menyatakan keseluruhan 9,675 syarikat dan perniagaan menutup operasi mulai 18 Mac hingga 9 Jun lalu dan 22,794 lagi dari 10 Jun hingga September lalu.

Wan Junaidi berkata, data SSM turut menyatakan 82,555 perniagaan baru didaftarkan pada 1 Apr hingga 19 Julai lalu, menunjukkan situasi Covid-19 tidak menghalang penubuhan perniagaan baru.

“Mereka mengikut kehendak semasa, iaitu menggunakan platform e-dagang sebagai salah satu medium pemasaran produk atau perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya sentiasa mengambil langkah proaktif dan menyarankan usahawan mengadaptasi cara baru berniaga dengan perkongsian pengetahuan yang disediakan percuma oleh agensi kerajaan.

Katanya, mereka juga patut mengadaptasi perniagaan dengan norma baru, termasuk menggunakan peralatan digital dan
memperhebatkan strategi promosi serta mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan. FMT

Parlimen diberitahu 32,000 PKS tamat operasi akibat Covid-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker