Setelah Lebih 2 Dekad, Majalah GEMPAK Umum Tamatkan Perkhidmatan. Netizen Turut Bersedih..
Selepas majalah Ujang, majalah GEMPAK turut mencetuskan fenomenanya tersendiri apabila memuatkan pelbagai kandungan mangga menarik dalam dan luar negara sehingga menjadi rebutan ramai.
Umum Berita Sedih
Mula diperkenalkan sejak tahun 1998 secara bulanan sebelum berkembang kepada dwi-bulanan,GEMPAK bagaimanapun turut mengikuti arus permodenan dunia yang mana edisi penerbitan fizikalnya terpaksa dihentikan pengeluarannya sebelum beralih kepada versi digital, GEMPAK KGS™ beberapa tahun yang lalu.
Bagaimanapun, terbaru terdapat satu lagi perkhabaran sedih buat peminat setia komik ini yang mana pihak GEMPAK KGS™ dengan dukacitanya memaklumkan mereka tidak lagi dapat meneruskan ‘perjuangan’ dalam bidang komik dan akan menamatkan penerbitan mereka secara rasmi bermula 30 November 2020.
Ramai Yang Bersedih
Di kesempatan itu, pihak editorial mengucapkan terima kasih buat para pembaca yang menyokong penerbitan GEMPAK selama lebih dari dua dekad yang sudah pastinya menyimpan 1001 kenangan. Buat yang merindui karya mereka, masih lagi mengubat kerinduan itu dengan melayari platform YouTube GEMPAK™ 360°.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata peminat begitu sedih dengan pengumuman tersebut apatah lagi mempunyai pelbagai kenangan termasuklah sebagai peneman ketika usia kanak-kanak dan remaja. Selamat tinggal GEMPAK!-Murai.my